Monday, April 8, 2013

Nurin Aina diumum calon KEADILAN bagi Parlimen Merbok

KEDAH 8 APRIL: Jurutera muda, Nor Azrina Surip @ Nurin Aina malam tadi diumum sebagai calon KEADILAN bagi Parlimen Merbok bagi mempertahan kerusi yang dimenangi pada PRU 12.
merbo 
Pengumuman dibuat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ceramah perdana Jelajah Merdeka Rakyat di Padang Bandar Laguna Merbok kira-kira jam 11 malam.

Berusia 38 tahun, beliau adalah Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani, Kedah.
Sebelum ini, kerusi itu dimenangi Datuk Rashid Din yang memperoleh 25,541 undi, menewaskan Datuk Tajul Urus Mat Zain dari Umno BN (22,443 undi).

(FZL)

 Short URL: http://www.keadilandaily.com

No comments:

Post a Comment

Post a Comment