Saturday, April 20, 2013

Nurul Izzah berdepan 3 penjuru

Yakin KEADILAN pertahan Lembah Pantai

(Oleh Ruqayya Rahman)

BANGSAR 20 APRIL: Calon Lembah Pantai (P141), Nurul Izzah Anwar yang selesai menjalani proses penamaan calon 9 pagi tadi optimis KEADILAN akan mempertahan Parlimen itu walaupun terpaksa berdepan persaingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Keyakinan itu katanya, berdasarkan sokongan padu hampir 1,500 penyokong mengiringi beliau ke pusat penamaan calon hari ini.

"Saya tahu ini pertandingan sengit, tapi saya optimis dengan sokongan penyokong, suami, ahli keluarga dan rakan-rakan. Malah ada yang saya tak sangka akan hadir.

"Ini memberi saya keyakinan untuk menang. Untuk masa kritikal ini, saya harap agen pusat mengundi di semua tempat akan buat sehabis baik," katanya kepada Keadilan Daily selepas selesai pencalonan.

Nurul Izzah yang mendahului proses penamaan, masuk bersama seorang pencadang, Sheikh Johari Sheikh Yaacob,59, dan seorang penyokong, Rafiza Shahean,50, Ketua Muslimat PAS Lembah Pantai.

Beliau ditentang lawannya calon BN, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin dan seorang calon bebas, Rusli Baba.

Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Lembah Pantai, Rolan Abdul Rahman mengumumkan semua calon layak bertanding.

"Saya puas hati dan tiada calon yang ditolak," katanya.

Terdahulu, Nurul Izzah yang disegani dan disayangi masyarakat setempat diiring dengan bacaan doa penyokong pelbagai kaum sebelum menuju ke pusat penamaan calon di Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya, Bangsar.

Sebelum masuk dewan, penyokong melaungkan 'jaga YB kami' kepada polis bertugas.

Dianggarkan 600 polis bersiap sedia di beberapa penjuru jalan masuk ke sekolah.

Proses pencalonan berjalan lancar.
Nurul Izzah berdepan 3 penjuru, yakin KEADILAN pertahan Lembah Pantai  

No comments:

Post a Comment