Kumpulan masyarakat Orang Asli, yang dianggap sebagai deposit tetap BN
sejak sekian lama, dijangka akan mengetengahkan beberapa orang wakil
sebagai calon mereka untuk bertanding dalam pilihan raya umum 5 Mei.
Naib presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia Simpan Suda ketika dihubungi Malaysiakini berkata, antara kawasan yang menjadi tumpuan kali ini adalah kawasan parlimen Rompin dan Bera di Pahang serta Tapah di Perak.
Menurutnya, antara nama yang disebut-sebut sebagai calon adalah peguam dan aktivis Amani Williams-Hunt @ Bah Tony dan seorang lagi adalah timbalan pengerusi biro Felda dan Orang Asal PKR, Bob Manolan Mohamad.
Menurutnya, Bah Tony disebut-sebut sebagai calon parlimen Tapah manakala Bob Manolan, yang juga seorang timbalan ketua cabang PKR, untuk kawasan dalam parlimen Bera.
Kedua-dua kawasan parlimen itu dikuasai orang kuat BN dalam pilihan raya 2008 – kerusi Tapah disandang Datuk M Saravanan dari MIC dan Bera oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dari Umno.
Simpan yang pernah berkhidmat dua kali sebagai pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli pula berkata beliau sendiri bersedia untuk menjadi calon parlimen Rompin bagi merebut undi dari kira-kira 14,000 pengundi Orang Asli di kawasan itu.
Orang kepercayaan pengerusi BN, Datuk Seri Dr Jamaluddin Mohd Jarjis mengekalkan kerusi parlimen Rompin dalam pilihan raya 2008 dengan majoriti lebih 10,500 undi.
Mengulas lanjut, Simpan bagaimanapun berkata, calon untuk kawasan parlimen Rompin hanya akan diputuskan dalam pertemuan bersama 28 orang Tok Batin minggu depan – beberapa hari sebelum tarikh penamaan calon 20 April, katanya.
Menurutnya, mesyuarat itu juga akan menentukan sama ada wakil masyarakat Orang Asli itu akan menyokong calon Umno atau Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.
"(Pada)18 hari bulan esok barulah tahu siapa (calon) ke mana, (sokong) sebelah mana, itu tak tahu lagi," katanya kepada Malaysiakini.
Meski sokongan berkenaan masih belum jelas, calon dari kalangan Orang Asli itu dijangka akan menjejaskan majoriti BN sekiranya mereka benar-benar akan bertanding.
Ditanya mengenai kecenderungannya sendiri, Simpan juga tidak mahu menyebut perkara itu dengan nyata.
"Saya ini nak kata (sokong) Umno ke parti mana tak tahu. Tapi (ketua umum PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim datang ke rumah saya di Port Dickson (di Kampung Sunggala)," katanya sambil tertawa.
Kemunculan lebih ramai calon dari masyarakat Orang Asli ini dijangka akan meningkatkan tumpuan mereka untuk membawa isu yang membelenggu komuniti masing-masing – khususnya tuntutan berkaitan hak dan pemilikan tanah.
Kumpulan masyarakat Orang Asli setakat ini hanya mendapat seorang wakil di Parlimen – Senator Muhammad Olian Abdullah dari Umno.

Sudah 56 tahun merdeka, kenapa masyarakat Orang Asal masih beluh mendapat kerusi dalam Parlimen atau DUN? Tak seperti Sabah dan Sarawak, dari awal-awal lagi kemasukan dalam Malaysia, berbagai-bagai puak kaum Asal sudah Mendapat tempat. Umpamanya Stephen Kalong Ningkan, seorang Iban menjadi Ketua Menteri Sarawak pertama diikui Penghulu Tawi Seli, juga dari kaum Iban. Di Saban Donald Stephen, sebagai Ketua Menteri pertama. Tidak kurang juga ketua-ketua kaum seperti Tun Jugah, Oyong Lawai Jau, Penghulu Koh dan lain-lain. Semua kejayaan ini dicapai dengan semangat persatuan yang kukuh semua kaum Asal.
ReplyDeleteAyuh, mula sekakarang kaum Asal di Semenanjung Malaysia harus punya tekad untuk tidak lagi duduk di takuk asal di peringkat bawak. Kamu harus ada suara dalam parlimen atau DUN kalau kaum kamu tak rela kaum kamu sentiasa tertindas dalam semua bidan. Keluar dari kepompong Barisan Nasional supaya hak kamu tidak dirampas sewenang-wenangnya.
Ini kalilah, TUKAR!!!!!