IPOH,
9 April – Pakatan Rakyat (PR) sangat yakin mereka boleh membentuk
kerajaan negeri Perak selepas Pilihan Raya 2013 akan tetapi pemimpin
negeri masih lagi belum menetapkan siapa calon menteri besar disebalik
Barisan Nasional (BN) yang turut yakin akan dapat mempertahankan negeri
tersebut.
The Malaysian Insider difahamkan dikala majoriti kepimpinan
tertinggi DAP dan sebahagian dari PAS masih mahu Datuk Seri Nizar
Jamaluddin mengisi jawatan tersebut, sebahagian mengintainya untuk diri
sendiri dan percaya pemimpin lantang PAS itu tidak sesuai untuk
dicalonkan kali ini.
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PR Perak yang tidak mahu
dinamakan mengatakan terdapat segelintir dalam PAS merasakan Nizar tidak
seharusnya mengambil jawatan tersebut oleh kerana ketidak popularan
beliau dikalangan majoriti masyarakat Melayu konservatif negeri
tersebut.
Akan tetapi oleh kerana sokongan kuat dikalangan bukan Melayu,
terutamanya Cina dan Muslim liberal, ADUN tersebut mengatakan DAP Perak
bertegas Nizar yang berumur 56 tahun itu akan kembali memimpin negeri
selepas Pilihan Raya 2013.
“Masih dibangkitkan isu Nizar adalah boneka DAP… ketika beliau masih
MB, beliau hanya mengikut apa yang dikatakan oleh pemimpin DAP.
“Saya dengar PAS mempunyai turut mempunyai masalah dengan beliau…
beliau tidak dipilih sebagai calon MB, walaupun telah dipersetujui ini
akan dibincangkan jika Pakatan menang di Perak sekali lagi,” kata ADUN
tersebut kepada The Malaysian Insider.
Pemimpin tersebut menambah PKR Perak juga tidak memberikan komitmen
untuk menjadikan Nizar sebagai menteri besar sekali lagi dengan
kepercayaan terdapat ramai lagi yang sesuai untuk jawatan tersebut.
Apabila ditemui di ibu pejabat PAS di Medan Istana minggu lalu,
pengarah pilihan raya PAS negeri Asmuni Awi mengakui masih “tiada
konsensus” mengenai siapa harus menjadi calon menteri besar PR jika
menang pilihan raya.
Tetapi dikala beliau meramalkan kemenangan pasti untuk PR dalam Pilihan Raya 2013, Asmuni memberitahu The Malaysian Insider perkara itu masih terlalu awal untuk dibincangkan oleh kerana parti-parti PR tidak mahu terlalu fokus mengenai perkara itu.
“Kami belum putuskan mengenai perkara itu. Tiada kata sepakat tentang
itu lagi. Tetapi bagi saya, walaupun saya dari PAS, ini adalah isu
sampingan,” kata Asmuni, yang dijangka bertanding kerusi DUN Manjoi di
sini dalam Pilihan Raya 2013.
Ketidaktentuan jelas mengenai pilihan calon menteri besar PR memberi
gambaran kemungkinan perebutan bagi jawatan itu selepas pilihan raya,
sama seperti peristiwa selepas Pilihan Raya 2008 yang membawa kepada
pelantikan Nizar.
Nizar, seorang jurutera, telah diangkat ke jawatan menteri besar
Perak ke-10 selepas berminggu-minggu perbahasan apabila parti-parti
pembangkang DAP, PKR dan PAS berjaya menggulingkan kerajaan BN di Perak.
Pelantikan beliau telah mencetuskan kemarahan pemimpin-pemimpin
tertentu DAP, sebahagian besarnya kerana beliau adalah seorang ahli PAS,
parti yang telah memenangi bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
paling sedikit pada ketika itu.
Mengikut konvensyen, parti yang menguasai kerusi DUN paling banyak
akan memegang jawatan menteri besar tetapi mengikut Perlembagaan Perak,
kedudukan perlu diberikan kepada seseorang yang berketurunan Melayu,
kecuali dengan pengecualian Di Raja oleh Istana Perak.
DAP mendapat bilangan kerusi tertinggi pada masa itu, menyapu 18
kerusi berbanding tujuh PKR dan enam PAS. Apabila digabungkan,
ketiga-tiga parti berjaya menubuhkan kerajaan minoriti dengan 31 kerusi,
majoriti tiga kerusi berbanding BN yang mempunyai 28 kerusi.
Untuk menyelesaikan ketegangan, tiga nama di hantar kepada Sultan
Perak untuk dipertimbangkan – Datuk Ngeh Koo Ham dari DAP, Nizar dari
PAS dan Jamaluddin Mohd Radzi dari PKR. Nizar yang dipilih oleh Sultan
Perak.
Nizar disingkirkan dari jawatan tersebut selepas tiga ADUN melakukan
pembelotan menyaksikan kerajaan negeri PR yang baru berkuasa selama 10
bulan ditumbangkan.
Apabila ditanya mengenai topik tersebut minggu lepas, Nizar
mengatakan persepsi umum adalah beliau akan kembali ke jawatan tersebut
sekiranya PR berjaya menawan semula Perak.
Walau bagaimanapun, beliau mengakui PKR masih lagi “50-50” mengenai
perkara tersebut, walaupun pemimpin pusat parti itu termasuk Datuk Seri
Anwar Ibrahim sendiri mahu beliau kembali memimpin.
“Tetapi saya selalu memberitahu rakan-rakan saya tidak mempunyai
masalah dengan ini, keputusan akhir masih lagi ditangan Sultan. Akhirnya
beliau yang menentukan,” tegas Nizar.
Apabila ditanya apakah beliau bersedia untuk kembali ke jawatan
tersebut, Nizar mengatakan beliau lebih daripada bersedia oleh kerana
tempoh perkhidmatan beliau menerajui negeri itu sebelum ini terlalu
singkat.
“Kami yakin kita boleh teruskan segala usaha yang dijalankan pada ketika itu… ia begitu singkat.
“Saya percaya saya boleh uruskan sokongan pemimpin baru DAP dan PKR…
kerana, saya ingin ingatkan, ketika kami memimpin negeri pada ketika
itu, PKR mempunyai pemimpin yang berbeza…. sekarang mereka mempunyai
barisan baru dengan pemikiran berbeza,” katanya.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment