Najib
membuat pengumuman tersebut dalam siaran langsung di stesen televisyen
kerajaan Radio Televisyen Malaysia. - Gambar oleh Choo Choy May
JOHOR
BARU, 3 April — PAS hari ini menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak untuk melakukan peralihan kuasa secara aman sekiranya
berlaku pertukaran kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13)
nanti.
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata rakyat
juga akhirnya menyuarakan rasa lega dengan pengumuman Najib membubarkan
Parlimen hari ini setelah menanti sekian lama untuk Parlimen
dibubarkan.
“PAS juga mengalu-alukan jaminan PM kalau pun berlaku peralihan kuasa
ianya akan berjalan dengan aman, dan PAS juga memberi jaminan bahawa
peralihan kuasa ini akan berlangsung dengan penuh aman damai.
“PAS menyeru seluruh jentera dan petugas parti agar meningkatkan
gerak-kerja bagi memastikan Pakatan Rakyat berjaya dalam PRU13 kali
ini,” kata Tuan Ibrahim dalam kenyataannya sejurus pembubaran Parlimen
itu diumumkan perdana menteri.
Najib membuat pengumuman tersebut dalam siaran langsung di stesen televisyen kerajaan Radio Televisyen Malaysia.
“Ini bakal merupakan kali terakhir rakyat akan dibiarkan dalam
keadaan rimas selama dua tahun untuk mengetahui tarikh pilihanraya.
“PAS bersama Pakatan Rakyat berjanji akan mengumumkan tarikh
pilihanraya setahun lebih awal apabila kami diberi mandat memerintah
negara selepas PRU13 nanti,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu lagi.
PRU-13 akan menyaksikan parti politik dari Barisan Nasional (BN) dan
Pakatan Rakyat (PR) akan merebut 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi
Dewan Undangan Negeri.
Daripada jumlah itu, 137 kerusi dikuasai BN, manakala 29 (DAP), 23
(PAS), 23 (PKR), Parti Sosialis Malaysia (PSM) 1, Parti KITA 1, dan 8
kerusi lagi diwakili ahli Parlimen Bebas.
Pilihan raya kali ini juga menunjukkan sejumlah 13.3 juta pengundi
berdaftar akan mengundi bagi memilih calon wakil rakyat pilihan mereka. TMI
No comments:
Post a Comment