27 April 2013
Pradit Suwannaphak, 36, ditahan di rumahnya di Uthai Thani di daerah
Muang semalam. Kaki dan perut mangsa, Kriangkrai Khwan-on, 24, ditemui
18 April lalu.
Pesuruhjaya Polis Wilayah 1, Nares Nonthachote berkata, Pradit mengaku melakukan kekejaman itu.
Penyiasat berkata, mereka menemui beg plastik serupa dengan yang
digunakan untuk mengisi anggota tubuh mangsa. Menurut peniaga mi itu,
dia menjalinkan hubungan homoseks dengan mangsa selama kira-kira setahun
selepas mereka berkenalan menerusi Facebook.
Pradit memberitahu penyiasat, dia memberikan ratusan ribu baht kepada Kriangkrai. Pada malam pembunuhan, mangsa datang meminta 20,000 baht (RM2,000) untuk menjalani pembedahan hidung tetapi lelaki itu enggan memberikannya.
Kriangkrai mengancam menyebarkan klip video yang menunjukkan mereka mengadakan seks. Ini menyebabkan Pradit menembak mangsa di kepala. - BP
No comments:
Post a Comment