Tuesday, April 9, 2013

PRU13: Di mana pintu masuk Ibrahim Ali?


  • Malaysiakini  Apr 9 2013
ULASAN Sebuah persoalan besar berbangkit berhubung tempat dan parti yang akan ditandingi presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali.

NONEIbrahim menang dalam pilihan raya 2008 di Pasir MAS dengan tiket PAS dan selepas itu meninggalkan PAS, malah menyerang Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (kiri).

Bukan sahaja tidak menyokong program PAS negeri, Ibrahim sebaliknya memainkan peranan sebagai pembangkang kepada kerajaan negeri dan di peringkat persekutuan, melalui PERKASA, Ibrahim memaparkan dirinya sebagai juara orang Melayu dan agama Islam.

Ibrahim bagaimanapun dengan segera menjadi judul utama di dada akhbar dengan ulasannya yang menyenangkan pemimpin dan anggota Umno, tetapi sekali gus menjadi duri dalam daging kepada PAS dan PKR.

Persoalannya sekarang, bagaimana beliau akan bertanding menentang PAS - sebagai calon BN atau bebas?

Jika Ibrahim memilih sebagai calon bebas sebenar, bagaimana beliau akan berkempen ekoran rancangan masa depan yang akan ditawarkannya mungkin akan sama dengan calon BN.

No comments:

Post a Comment