Setiausaha
agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata calon PSM bebas
menggunakan lambang parti komponen Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam
pilihan raya umum 5 Mei memandangkan parti itu masih belum menganggotai
gabungan parti tersebut."Isunya, pada 2008, PSM belum berdaftar
tetapi sekarang mereka sudah berdaftar dan sah sebagai parti. Tetapi
mereka bukan di dalam Pakatan Rakyat.
"Jadi, (untuk bertanding) mereka boleh guna mana-mana daripada tiga lambang dalam Pakatan Rakyat," kata Saifuddin dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
Katanya, Pakatan menetapkan syarat berkenaan kepada PSM, yang sebelum ini meminta laluan untuk meletakkan empat calon, satu di kerusi parlimen Sungai Siput dan tiga di kerusi DUN – masing-masing di Jelapang, Kota Damansara dan Semenyih.
"Setakat ini mengenai penggunaan lambang kita sudah beri secara bertulis kepada PSM tapi masih belum ada respon.
"Mereka bukan di dalam Pakatan tetapi dalam erti kata lain kita sekarang menawarkan kerusi kepada mereka dengan menggunakan logo PKR atau Pakatan," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan dalam satu kenyataan pada Mac lalu turut meminta Pakatan memberi laluan berkenaan bagi memastikan tiada pertandingan tiga penjuru berlaku di tempat yang diminatinya itu

No comments:
Post a Comment