Sunday, April 21, 2013

SENARAI PENUH PENAMAAN CALON BAGI KERUSI DUN KEDAH

pkrl.blogspot 





Calon-calon dun dan Parlimen Langkawi

137 calon tanding di Kedah, ramai calon baru

ALOR SETAR - Seramai 137 calon akan bertanding merebut 15 kerusi Parlimen dan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Kedah pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei depan, dengan banyak kawasan menyaksikan pertandingan lebih dua calon.

Meskipun persaingan dilihat lebih kepada BN menentang Pakatan Rakyat, yang terdiri daripada Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, penamaan calon hari ini menyaksikan kemunculan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Bersatu Sasa Malaysia (Bersama) yang turut memeriahkan PRU kali ini, selain calon Bebas.

Secara keseluruhan, bagi DUN, BN bertanding di semua 36 kerusi, Pas (24), PKR (10), DAP (2), KITA (5), Berjasa (2) dan Bersama (1). Bagi Parlimen, BN bertanding semua 15 kerusi, Pas (8), PKR (7), Berjasa (2) dan Bersama (1).

Penyertaan calon Bebas juga agak ramai dengan 18 bagi kerusi Dun dan lima di Parlimen.

Kawasan paling ramai calon adalah kerusi Dun Sidam iaitu pertandingan enam penjuru diikuti DUN Bukit Selambau (5), Parlimen Padang Serai (5), Dun Kota Darul Aman (4), Dun Sungai Tiang (4), Dun Sungai Lima (4), Dun Lunas (4), Parlimen Alor Setar (4) dan Parlimen Sungai Petani (4).

Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, yang mempertahan kerusi Dun Bakar Bata buat kali kelima, berdepan pertandingan tiga penjuru apabila dicabar Jawahar Raja Abdul Wahid (Bersama) dan Mohd Ikmal Ahmad (PKR).

Dua lagi calon yang bertanding buat kali kelima adalah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Ketua Umno Bahagian Jerlun Datuk Abu Hasan Sarif.

Azizan berdepan pertandingan empat penjuru iaitu menentang sepupu sendiri Fadzillah Mohd Ali, yang mewakili BN, serta dua calon Bebas Sobri Ahmad dan Abdullah Hashim. Abu Hasan pula akan ditentang calon Pas, Ismail Wan Teh.

Paling menjadi tumpuan adalah di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu dekat sini, tempat Timbalan Pengerusi BN Negeri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir menyerahkan borang pencalonan bagi kerusi Dun Ayer Hitam.

Mukhriz, yang dikaitkan dengan jawatan Menteri Besar jika BN menang di Kedah, menentang penyandang Abdul Ghani Ahmad daripada Pas.

Bagi kerusi Parlimen, Alor Setar menyaksikan empat parti bertanding dengan penyandang iaitu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung ditentang Gooi Hsiao Leung (PKR), Abdul Fisol Mohd Isa (Berjasa) serta Jawahar Raja (Bersama).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula, yang buat pertama kali bertanding, akan menentang penyandang Mohd Firdaus Jaafar daripada Pas dalam pertandingan satu lawan satu merebut kerusi Parlimen Jerai.

Seorang lagi muka lama iaitu Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Johari Baharum akan mempertahan kerusi Parlimen Kubang Pasu menentang calon Pas Mohd Jamal Nasir (Pas).

Bagi pemimpin pembangkang Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu yang bertanding di Parlimen Pendang akan berdepan cabaran getir kerana BN meletak bekas 'orang kuat' Pendang Datuk Othman Abdul, yang pernah menjadi wakil rakyat di situ selama tiga penggal.

Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar juga dilihat tidak begitu selesa apabila BN meletak Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Shahlan Ismail untuk bertanding di kerusi Parlimen Pokok Sena.

Di kerusi Parlimen Kulim/Bandar Baharu, BN meletak Ketua Bahagian Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir untuk menentang Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

SENARAI KEPUTUSAN PENAMAAN CALON BAGI KERUSI
DUN KEDAH 2013

BAHAGIAN PILIHAN RAYA NAMA PENUH PARTI STATUS
P. 004 - LANGKAWI
N. 01 - AYER HANGAT MOHD RAWI BIN ABD HAMID BN LAYAK BERTANDING
ZUBIR BIN AHMAD PAS LAYAK BERTANDING
N. 02 - KUAH AHMAD BIN KASIM PKR LAYAK BERTANDING
NOR SAIDI BIN NANYAN BN LAYAK BERTANDING
ZAFLEE BIN PAKWANTEH BEBAS LAYAK BERTANDING

P. 005 - JERLUN
N. 03 - KOTA SIPUTEH ABU HASAN BIN SARIF BN LAYAK BERTANDING
ISMAIL BIN W.TEH @ JAZIZ PAS LAYAK BERTANDING
N. 04 - AYER HITAM ABD. GHANI BIN AHMAD PAS LAYAK BERTANDING
MUKHRIZ MAHATHIR BN LAYAK BERTANDING

P. 006 - KUBANG PASU
N. 05 - BUKIT KAYU HITAM AHMAD ZAINI BIN JAPAR BN LAYAK BERTANDING
NASRUL OMAR BIN CHE MANSOR PKR LAYAK BERTANDING
N. 06 - JITRA AMINUDDIN BIN OMAR BN LAYAK BERTANDING
ROHANI BINTI ABD MUTTALIB PAS LAYAK BERTANDING

P. 007 - PADANG TERAP
N. 07 - KUALA NERANG AHMAD BIN MAD.DAUD BEBAS LAYAK BERTANDING
BADROL HISHAM BIN HASHIM BN LAYAK BERTANDING
SYED IBRAHIM BIN SYED OMAR PAS LAYAK BERTANDING
N. 08 - PEDU KAMA NORIAH BINTI IBRAHIM BN LAYAK BERTANDING
ZAMRI BIN YUSUF PKR LAYAK BERTANDING

P. 008 - POKOK SENA
N. 09 - BUKIT LADA AHMAD 'IZZAT BIN MOHAMAD SHAUKI PAS LAYAK BERTANDING
AHMAD BIN SUDIN BN LAYAK BERTANDING
N. 10 - BUKIT PINANG MOHD MUKHTAR BIN NOOR BN LAYAK BERTANDING
ROMANI BIN WAN SALIN PAS LAYAK BERTANDING
N. 11 - DERGA ABDUL FISOL BIN MOHD ISA BERJASA LAYAK BERTANDING
CHEAH SOON HAI BN LAYAK BERTANDING
TAN KOK YEW DAP LAYAK BERTANDING

P. 009 - ALOR STAR
N. 12 - BAKAR BATA AHMAD BASHAH BIN MD HANIPAH BN LAYAK BERTANDING
JAWAHAR RAJA BIN ABDUL WAHID BERSAMA LAYAK BERTANDING
MOHD EEKMAL BIN AHMAD PKR LAYAK BERTANDING
N. 13 - KOTA DARUL AMAN JAYAGOPAL A/L ADAIKKALAM BEBAS LAYAK BERTANDING
LIEW KARD SEONG BEBAS LAYAK BERTANDING
LOH GIM HOOI BN LAYAK BERTANDING
TEOH BOON KOK @ TEOH KAI KOK DAP LAYAK BERTANDING
N. 14 - ALOR MENGKUDU AHMAD BIN SAAD @ YAHAYA PAS LAYAK BERTANDING
FADZIL BIN HANAFI BEBAS LAYAK BERTANDING
SHARIFAH MAZNAH BT. SYED KASSIM BARAKBAH BN LAYAK BERTANDING

P. 010 - KUALA KEDAH
N. 15 - ANAK BUKIT ABD SAMAT BIN CHE NOH BEBAS LAYAK BERTANDING
AMIRUDDIN BIN HAMZAH PAS LAYAK BERTANDING
HASHIM BIN JAHAYA BN LAYAK BERTANDING
N. 16 - KUBANG ROTAN LATT SHARIMAN BIN ABDULLAH BN LAYAK BERTANDING
MOHD NASIR BIN MUSTAFA PAS LAYAK BERTANDING
N. 17 - PENGKALAN KUNDOR NOOR HASITA BINTI MAT ISA BN LAYAK BERTANDING
PHAHROLRAZI BIN MOHD ZAWAWI PAS LAYAK BERTANDING

P. 011 - PENDANG
N. 18 - TOKAI ABU BAKAR BIN ABDULLAH BEBAS LAYAK BERTANDING
MOHAMED TAULAN BIN MAT RASUL PAS LAYAK BERTANDING
NAJMUDDIN BIN DARUS BN LAYAK BERTANDING
N. 19 - SUNGAI TIANG CHAREAN A/L ISEN KITA LAYAK BERTANDING
FADZIL BIN BAHARUM PAS LAYAK BERTANDING
ROSLI BIN OMAR BEBAS LAYAK BERTANDING
SURAYA BINTI YAACOB BN LAYAK BERTANDING

P. 012 - JERAI
N. 20 - SUNGAI LIMAU ABDULLAH BIN HASHIM BEBAS LAYAK BERTANDING
AZIZAN BIN ABDUL RAZAK PAS LAYAK BERTANDING
MOHD FAZILLAH BIN MOHD ALI BN LAYAK BERTANDING
SOBRI BIN AHMAD BEBAS LAYAK BERTANDING
N. 21 - GUAR CHEMPEDAK KU ABD RAHMAN BIN KU ISMAIL BN LAYAK BERTANDING
MUSODDAK BIN HJ AHMAD PAS LAYAK BERTANDING
N. 22 - GURUN LEONG YONG KONG BN LAYAK BERTANDING
SALMA BINTI ISMAIL PKR LAYAK BERTANDING

P. 013 - SIK
N. 23 - BELANTEK ABU BAKAR BAKILANI BIN ABU HASSAN PAS LAYAK BERTANDING
MOHD TAJUDIN BIN ABDULLAH BN LAYAK BERTANDING
N. 24 - JENERI AHMAD TARMIZI BIN SULAIMAN PAS LAYAK BERTANDING
MAHADZIR BIN ABDUL HAMID BN LAYAK BERTANDING

P. 014 - MERBOK
N. 25 - BUKIT SELAMBAU KAMAL NASSER BIN THOW BEEK KITA LAYAK BERTANDING
KRISHNAMOORTHY A/L RAJANNAIDU PKR LAYAK BERTANDING
MARAN A/L MUTAYA BN LAYAK BERTANDING
SYED OMAR BIN SYED MAHAMUD BEBAS LAYAK BERTANDING
THIVAGARAN A/L SUPRAMANY BEBAS LAYAK BERTANDING
N. 26 - TANJONG DAWAI AHMAD FAKHRUDDIN BIN FAKHRURAZI PAS LAYAK BERTANDING
TAJUL URUS BIN MAT ZAIN BN LAYAK BERTANDING

P. 015 - SUNGAI PETANI
N. 27 - PANTAI MERDEKA ALI BIN YAHAYA BN LAYAK BERTANDING
HJ ABDULLAH BIN JUSOH PAS LAYAK BERTANDING
MOHD YUSUF BIN LAZIM BEBAS LAYAK BERTANDING
N. 28 - BAKAR ARANG LEE YEAN WANG BN LAYAK BERTANDING
ONG KAH SOON BEBAS LAYAK BERTANDING
OOI TZE MIN PKR LAYAK BERTANDING
N. 29 - SIDAM BEE SIEONG HENG BN LAYAK BERTANDING
OOI BENG KOOI BEBAS LAYAK BERTANDING
ROBERT LING KUI EE PKR LAYAK BERTANDING
TAN HOCK HUAT BEBAS LAYAK BERTANDING
UH CHORNG VON KITA LAYAK BERTANDING
ZAMIL BIN IBRAHIM BEBAS LAYAK BERTANDING

P. 016 - BALING
N. 30 - BAYU AZMI BIN CHE HUSAIN BN LAYAK BERTANDING
MAHMUD BIN YAAKOB PAS LAYAK BERTANDING
N. 31 - KUPANG HARUN BIN ABDUL AZIZ BN LAYAK BERTANDING
JOHARI BIN ABDULLAH PAS LAYAK BERTANDING
N. 32 - KUALA KETIL KRISHNAN A/L GANAPATHY KITA LAYAK BERTANDING
MD.ZUKI BIN YUSOF PAS LAYAK BERTANDING
MOHD KHAIRUL AZHAR BIN ABDULLAH BN LAYAK BERTANDING

P. 017 - PADANG SERAI
N. 33 - MERBAU PULAS MARLIA BINTI ABD LATIFF BN LAYAK BERTANDING
SITI ASHAH BINTI GHAZALI PAS LAYAK BERTANDING
N. 34 - LUNAS ANANTHAN A/L SOMASUNDARAM BN LAYAK BERTANDING
AZMAN BIN NASRUDIN PKR LAYAK BERTANDING
PREBAKARRAN A/L NARAYANAN NAIR KITA LAYAK BERTANDING
VASANTHI A/P RAMALINGAM BEBAS LAYAK BERTANDING

P. 018 - KULIM-BANDAR BAHARU
N. 35 - KULIM CHU MAW NIAN PKR LAYAK BERTANDING
CHUA THIONG GEE BN LAYAK BERTANDING
MOHD JUNIP BIN HUZAYIN BERJASA LAYAK BERTANDING
N. 36 - BANDAR BAHARU MOHD KHARI BIN MOHD SALLEH PAS LAYAK BERTANDING
NORSABRINA BINTI MOHD NOOR BN LAYAK BERTANDING

JUMLAH CALON YANG LAYAK BERTANDING 98
JUMLAH CALON YANG MENARIK DIRI 0
JUMLAH CALON YANG TIDAK LAYAK BERTANDING 0
JUMLAH CALON YANG MENARIK BALIK KERTAS PENCALONAN 0
JUMLAH KESELURUHAN 98

No comments:

Post a Comment