myMetro 12 April 2013
Paip itu dari jenis ‘mild steel’ berukuran lilit 2,000 milimeter
pecah akibat tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves di sini, runtuh
selepas hujan lebat yang turut mengakibatkan banjir kilat di ibu negara
semalam.
Pengarah Eksekutif Bahagian Operasi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) Yusof Saroji berkata, pihaknya terpaksa mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning untuk pembaikan itu.
“Paip pecah ini membekalkan air kepada 89,760 akaun domestik dan
pukal di 82 kawasan di Wilayah Gombak dan Kuala Lumpur yang mana
dianggarkan kira-kira 500,000 pengguna bakal terjejas,” katanya ketika
ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam.
“Atas sebab itu, ERP diaktifkan untuk SYABAS memantau dan mengurus kawasan terbabit. Kita mengambil tindakan segera serta langkah sewajarnya untuk mempercepatkan kerja pembaikan yang sudah dimulakan hari ini,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam.
Hadir sama, Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat (SYABAS) Abdul Halem Mat Som. Yusof berkata, bagi mengurangkan impak di kawasan terjejas, SYABAS turut menyedia 25 lori tangki yang digerakkan ke lokasi berkenaan jika memerlukan, manakala 50 tangki air statik diletakkan secara berperingkat sebagai bantuan bekalan tambahan.
KONTRAKTOR pembaikan melakukan baik pulih pada paip pecah.
“Pihak kami mempunyai sejumlah 42 lori tangki dan 525 tangki air
statik, namun kita gerakkan ia ikut keperluan dulu bagi meringankan
kesulitan pengguna.
“Bagaimanapun, pengguna dinasihat menggunakan air secara berhemah dan mengelak daripada pembaziran sepanjang tempoh gangguan,” katanya.
Pengguna yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat
Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252 atau
laman web www.syabas.com.my.
No comments:
Post a Comment