
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata beliau
hairan apabila MP Lembah Pantai memfailkan semakan kehakiman walau
dimaklumkan bahawa suruhanjaya itu akan meneliti senarai lebih 4,600
pengundi yang dikemukakan.
Abdul Aziz MP berkenaan, Nurul Izzah
Anwar sendiri mengemukakan bukti dalam bentuk surat daripada setiausaha
SPR Datuk Kamaruddin Baria yang menyatakan suruhanjaya itu "mengambil
maklum dan sedang meneliti" aduan berkenaan.
"Menghairankan saya YB itu menyatakan kes ini dibawa ke mahkamah kerana SPR tidak memberi maklum balas."Tetapi beliau menunjukkan bukti bahawa Datuk Kamarudin Baria telah jawab pada 6 Mac. Mengapa (sekarang) isu ini dibawa ke mahkamah?," kata Abdul Aziz ketika dihubungi Malaysiakini.
Aziz turut mempertahankan kenyataannya sebelum ini bahawa beliau sendiri tidak pernah dimaklumkan tentang dakwaan Nurul Izzah.
"Saya
tetap dengan jawapan saya pada masa itu bahawa saya sendiri tidak
pernah melihat dan menerima surat dan senarai pengundi meragukan itu
yang bertarikh 4 Mac," katanya.
Tambahnya, beliau juga bersedia untuk mempertahankan nama baik suruhanjaya itu di mahkamah kelak.
Nurul Izzah dalam sidang medianya semalam mengemukakan surat daripada Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Baria bertarikh 6 Mac berhubung makluman aduan berkenaan.
Nurul Izzah dalam sidang medianya semalam mengemukakan surat daripada Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Baria bertarikh 6 Mac berhubung makluman aduan berkenaan.
Surat tersebut dihantar pada 6 Mac lalu dan terima oleh peguam Nurul Izzah keesokan harinya, kata naib presiden PKR itu.
Beliau pada 26 Mac lalu memfailkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan Nurul Izzah untuk membatalkan sebanyak 4,637 pengundi didakwa meragukan di kawasan yang diwakilinya itu.
Beliau pada 26 Mac lalu memfailkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan Nurul Izzah untuk membatalkan sebanyak 4,637 pengundi didakwa meragukan di kawasan yang diwakilinya itu.
No comments:
Post a Comment