KUALA
LUMPUR, 17 April — Pihak polis menggunakan kuasa berlebihan semasa dan
selepas menangkap peserta perhimpunan Bersih untuk menuntut pilihan raya
bersih dan adil pada 28 April lepas, kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
Malaysia (Suhakam) hari ini.
Semasa mengumumkan laporan keputusan inkuiri awam yang diadakan oleh
tiga anggota Suhakam, badan tersebut juga menyatakan terdapat pencabulan
hak asasi manusia termasuk kebebasan media dan kebebasan berekspresi.
"Panel berpandangan, berdasarkan testimoni saksi dan juga rakaman
video, terdapat penggunaan kuasa berlebihan dan salahlaku oleh pasukan
polis terhadap peserta perhimpunan," kata pengerusi panel Datuk Sr Khaw
Lake Tee semasa membaca ringkasan laporan tersebut di ibu pejabat
Suhakam di sini.
Panel tersebut turut memberikan 25 cadangan dalam laporan mereka.
Inkuiri awam selama 29 hari oleh Suhakam itu bermula pada 5 Julai dan
berakhir pada 10 Januari menyaksikan pengakuan penganjur perhimpunan
Bersih 2.0, Majlis Peguam dan polis.
Sejumlah 49 orang saksi - termasuk 19 orang awam, empat petugas
media, 18 anggota polis dan lapan orang pakar - telah memberikan
testimoni dihadapan ahli panel yang diketuai oleh naib pengerusi
Suhakam, Khaw dan anggota pesuruhjaya Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul
Majid dan Datuk Detta Samen.
No comments:
Post a Comment