myMetro 15 April 2013
Pihak berkuasa menuduh Ronald Perley, 52, mencuri dan memalsukan
bukti selepas sinar-X menunjukkan cincin emas 14 karat bertatah
berlian berada dalam perutnya.
Menurut laporan media tempatan, Perley memasuki kedai barang kemas terbabit Khamis lalu dan bertanya tentang cincin pertunangan.
Petugas berkata, dia tiba-tiba merampas sebentuk cincin. Apabila ditegur, Perley menelan cincin itu.
Menurut polis, rakaman kamera menunjukkan Perley mengambil cincin itu dan meletakkan tangannya pada mulutnya.
Dia akan dihadapkan ke mahkamah minggu ini. - AP
No comments:
Post a Comment