Batu vs Kayu
Berita gembira buat PR !!
Undi BN di parlimen Kuala kangsar kini
pecah dua, dengan ini merupakan satu tamparan hebat buat BN dalam usaha
mempertahankan kerusi dan mungkin ini satu berita gembira buat calon Pas
Idham Lim di Kuala Kangsar.
Dipetik dari Facebook Dato Kamilia...
Saya Kamilia
Ibrahim telah disahkan oleh SPR sebagai calon bebas Parlimen Kuala
Kangsar, dan dengan ini mengumumkan perletakan jawatan selaku Ahli
Majlis Tertinggi UMNO, Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Ketua Wanita
UMNO Kuala Kangsar, dan Ahli Umno," .
Inilah peluang keemasan yang patut
diambil oleh calon Pas Kuala Kangsar bagi merobek ego BN dan merampas
kerusi parlimen Kuala Kangsar yang belum pernah dimenangi oleh mana mana
parti melainkan BN di sini.
Calon Pakatan Rakyat yang diwakili parti
Pas dikerusi P.67 hanya perlu pertingkatkan lagi gerak kerja untuk
meraih undi kerana undi BN kini dilihat telah berpecah dua.
Dengan ini akan berlaku pertandingan
tiga penjuru dimana Dato Kamilia akan menentang calon parti BN yang
diwakili oleh Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Idham Lim
(PAS) .
Dalam pilihan raya umum lalu veteran
wanita Umno Datuk Seri Rafidah Aziz berjaya mengalahkan Dr Khairuddin
Abdul Malik dengan majoriti 1,458 undi di Kuala Kangsar.
No comments:
Post a Comment