KUALA LUMPUR, 18 April — Ekonomi Malaysia akan terus berkembang
dengan 5 peratus tahun ini walaupun jika Pakatan Rakyat (PR) menubuhkan
kerajaan selepas Pilihan Raya 2013, kata seorang ahli ekonomi hari ini.
Datuk Dr Mohamed Ariff Abdul Kareem yang merupakan profesor ekonomi
dan pentadbiran dari Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa
(INCEIF) mengatakan kedua-dua manifesto Barisan Nasional (BN) dan PR
adalah sama, menyatakan PR akan mengekalkan polisi sedia ada kewangan
antarabangsa dan pelaburan asing.
“Urusan seperti biasa setakat hubungan ekonomi dengan negara lain di dunia dan sektor swasta,” kata Mohamed Ariff (gambar) kepada
pemberita pada majlis pelancaran Tinjauan Ekonomi Dan Sosial Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu di Asia dan Pasifik 2013 di sini hari ini.
“Perbezaan adalah dari segi gaya, ketelusan, akauntabiliti dan tadbir
urus yang lebih baik,” katanya, merujuk kepada pelaksanaan cadangan
dasar ekonomi PR.
mohon tuan link kn blog TPB di blog tuan.
ReplyDeletehttp://thepoliticianblogger.blogspot.com
Blog tuan telah sy pautkan di blog TPB