myMetro 26 April 2013
London: Pemilik BlackBerry yang gemar menonton klip video lucah
melalui telefon pintar mereka perlu berhati-hati kerana ada perisian
yang mampu menghebahkan aktiviti itu kepada semua kawan mereka.
Kemudahan baru dikenali sebagai ‘Show What I’m Listening To’ itu
direka untuk pengguna yang gemar berkongsi video muzik atau lucu di
YouTube. Bagaimanapun, sesetengah pengguna BlackBerry yang menonton
klip video lucah melalui telefon pintar itu akan diaibkan kerana
aktiviti itu akan dimaklumkan kepada rakan mereka secara automatik.
Seorang pengguna yang menggunakan nama Sosof di laman forum Crackberry
memuat naik paparan menunjukkan bagaimana seorang rakannya menonton
video lucah. Sementara itu, pengeluar BlackBerry berkata, kemudahan
berkenaan perlu dihidupkan terlebih dulu sebelum dapat digunakan.
Namun, beberapa pengguna mendakwa, ia memang sudah berfungsi ketika mereka membeli BlackBerry dan terpaksa mematikannya sendiri. - The Sun
No comments:
Post a Comment