Harakahdaily, | 07 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: Sebaran
sistem pesanan ringkas (sms) mengenai kononnya Presiden PAS, Datuk Seri
Tuan Guru Abdul Hadi Awang ada menyebut mengenai suasana 17-15 di
Terengganu adalah tidak berbangkit sama sekali.
Justeru, Setiausaha Politik beliau, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
memaklumkan bahawa kenyataan rasmi Tuan Guru Presiden PAS hanyalah
dikeluarkan menerusi laman web parti, Harakahdaily dan Facebook Tuan
Guru.
Tegasnya, pihak Pejabat Presiden PAS tidak bertanggungjawab terhadap
siaran kenyataan Tuan Guru di luar dari saluran rasmi berkenaan.
“Sehubungan dengan itu, sebaran sms mengenai kononnya Tuan Guru ada
menyebut mengenai suasana 17-15 di Terengganu adalah tidak berbangkit
sama sekali,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.
Pada PRU13 Ahad lalu, PAS memenangi 15 daripada 32 kerusi Dun di negeri itu dan empat daripada lapan kerusi parlimen.
Tuan Guru Abdul Hadi berjaya mempertahankan Dun Ru Rendang dan Parlimen Marang.
No comments:
Post a Comment