18/05/13
Aktivis pelajar, Adam Adli hari ini ditahan di bawah seksyen 124 Akta Hasutan.
Menulis di laman mikro Twitter miliknya, Adam berkata dia ditahan di Bangsar Utama dan sedang dibawa ke Balai Polis Jinjang.
Dilaporkan, Adam yang digantung
pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditangkap
berhubung kenyataan beliau yang dibuat semasa forum selepas pilihan raya
anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 13 Mei.
Dalam forum itu, Adam menyertai beberapa
NGO anti-kerajaan memanggil satu perhimpunan jalanan besar-besaran
untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap proses pilihan raya umum
pada 5 Mei lalu.
Adam sebelum ini pernah menggemparkan
negara kerana menurunkan bendera yang memaparkan imej Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak.
No comments:
Post a Comment