PETALING JAYA, 27 Mei — Ribuan orang ramai membanjiri balai
polis seluruh negara untuk membuat laporan terhadap kegagalan dakwat
kekal, ia bukti orang ramai menyahut gesaan Pakatan Rakyat (PR) bagi
membuktikan penipuan pada Pilihan Raya 2013, kata Datuk Seri Anwar
Ibrahim hari ini, .
Ketua Umum PKR tersebut bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (gambar)
yang juga membuat laporan sama di balai polis Tropicana berkata laporan
tersebut adalah bukti wujudnya manipulasi oleh pihak berkuasa ke atas
keputusan pilihan raya 5 Mei lalu.
“Kami mempunyai ribuan laporan setakat ini... Saya tidak mempunyai
angka rasmi, tapi hari ini saya dimaklumkan seluruh negara telah membuat
laporan rasmi,” kata Anwar dalam sidang media disini.
Dalam perhimpunan besar-besaran Sabtu lalu yang dianjurkan oleh
pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Anwar telah telah menggesa orang awam
untuk membuat laporan polis jika mereka berhadapan dengan insiden dakwat
kekal tanggal daripada jari mereka sebaik mengundi pada 5 Mei lalu.
Beliau berkata orang ramai boleh melakukannya bermula Ahad hingga Isnin ini dan menghantar salinan kepada PR.
“Ini bagi menunjukkan kuasa dan tekad orang ramai. Kami cabar kamu
menerusi proses yang ditetapkan. Kami juga menghormati undang-undang
negara,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Beliau berkata PR mahu membentangkan sejumlah besar laporan polis
oleh orang ramai ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwanya
menipu di dalam kamar mahkamah.
PR akan melakukan petisyen untuk mencabar pelaksanaan pilihan raya
dan keputusan di lebih daripada 25 kerusi Parlimen, langkah yang perlu
dilakukan dalam 21 hari selepas keputusan pilihan raya digazetkan pada
22 Mei.
Anwar juga menggesa rakyat menyokong langkah Bersih untuk mengadakan
“Tribunal Rakyat”, inisiatif yang akan digunakan bagi menyiasat dakwaan
orang ramai terdapat penipuan pilihan raya.
Walaupun SPR mengatakan Tribunal Rakyat tidak sah disisi undang-undang, Anwar mengatakan ianya mempunyai legitimasi.
Barisan Nasional (BN) mempertahankan kuasa dalam pilihan raya 5 Mei
dengan hanya 133 kerusi Parlimen, lebih 21 daripada syarat 112 kerusi
Parlimen untuk menang majoriti mudah.
Walaubagaimanapun, kemenangan BN kali ini lebih kecil di Parlimen sejak negara Merdeka pada 1957.
Pembangkang PR enggan menerima kekalahan tersebut, sebaliknya
mempertahankannya dengan kemenangan undi popular sebanyak 51 peratus
berbanding BN 48 peratus — keputusan sama yang diperoleh pemerintah pada
1969 selepas kehilangan undi popular.
PR juga akan memfailkan petisyen pilihan raya untuk mencabar
keputusan di dalam 27 kerusi Parlimen di mana BN menang dengan majoriti
kecil, yang didakwa mereka hasil penipuan semasa pilihan raya.
Walaupun tedapat bantahan besar ke atas pengendalian PRU13, SPR
menegaskan mereka telah menjalankan pilihan raya secara adil dan
berjaya, serta memberikan jumlah tinggi yang keluar mengundi sebanyak
84.84 peratus sebagai bukti keyakinan terhadap sistem pilihan raya di
Malaysia. TMI
No comments:
Post a Comment