Harakahdaily
Abdul Aziz Mustafa, | 18 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR:
Datuk Seri Najib Tun Razak tidak layak jadi Perdana Menteri kerana
hanya tahu mengkambinghitamkan Datuk Seri Noh Omar dan enggan mengambil
tanggungjawab atas kekalahan Barisan Nasional (BN) Selangor, kata Naib
Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Beliau menganggap Noh yang menjadi Timbalan Pengerusi Perhubungan
Umno Selangor menjadi mangsa akibat keengganan Najib bertanggungjawab
atas kekalahan besar BN di Selangor.
"Hampir semua pihak menganggap Noh digugurkan dari kabinet sebagai
hukuman ke atasnya akibat kekalahan teruk BN di Selangor," kata Mahfuz.
BN dan Umno bukan sahaja gagal menawan kembali Selangor seperti yang diimpikan oleh Najib, malah kehilangan lebih banyak kerusi.
Malah, BN mengalami prestasi terburuk apabila hanya 685,502 pengundi
yang mengundi parti itu berbanding 1,044,758 pengundi yang mengundi
Pakatan Rakyat.
Pemerhati berpendapat, Najib benar-benar menunjukkan kemarahannya
kepada Umno Selangor apabila tiada seorang pun pemimpin Umno Selangor
yang dilantik sebagai menteri.
Ia memecah rekod kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah kabinet tidak mempunyai wakil dari Umno Selangor.
Paling ketara ialah apabila Noh yang sebelum ini Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani digugurkan dari kabinet.
"Mengapa Noh dan pemimpin Umno Selangor yang lain sahaja yang perlu
bertanggungjawab sedangkan orang paling awal mesti bertanggungjawab atas
kekalahan Umno Selangor ialah Najib sendiri kerana beliau bukan sahaja
Pengerusi Perhubungan Umno Selangor malah Pengarah Pilihan Raya BN
Selangor.
"Sebab itulah rakyat melihat Noh dimangsakan kerana keengganan Najib untuk bertanggungjawab," kata Mahfuz.
Selain Noh, bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman juga
dilihat sebagai salah seorang mangsa utama apabila sebarang tempat dalam
kerajaan.
Takde maknanya! Samada Noh jadi menteri atau tidak ianya sama sahaja ibarat ada tak menambah, takda tak mengurang! Jadi menteri kalau tidak makmurkan rakyat dan asyik 'sendiri' pulun projek buat apa? Banyak lagi YB UMNO yang ada wibawa. Kalau ikutkan gerakerja, idea dan perancangan, Noh ni patut tak jadi menteri pun! Tak nampak langsung impak kerjanya sebagai menteri. Banyak kontroversi adala.... So, kepada PAS tak payahlah jadikan isu noh takjadi menteri sebagai isu! Remeh dan tak membantu PR pun. Buang air liur aje dan buang karen! Cari isu yang boleh jadikan rakyat buka mata mengapa PM yang ada tak layak jadi PM! Banyak rasanya......
ReplyDelete