Moscow: Seorang tentera
mendapat gelaran Terminator Russia selepas imejnya memaparkan peluru di
dahinya dibuang dengan playar, merebak di Internet, semalam.
Klip video mengejutkan
itu bermula dengan paparan jarak dekat kepala tentera terbabit dan
menampakkan peluru secara jelas terlekat di dahinya. Seorang tentera
lain kemudian membersihkan kawasan sekitar peluru itu dengan kain
sebelum cuba menariknya dengan playar.
Jelas
dalam keadaan terkejut, tentera terbabit tidak memberikan sebarang
reaksi ketika beberapa cubaan awal membuang peluru itu gagal. Tentera
itu akhirnya tersenyum apabila peluru itu dikeluarkan tidak lama
kemudian. Dipercayai dia terbabit dalam insiden tembak-menembak di
antara tentera Russia dengan pejuang Chechen dan senjata yang digunakan
ialah raifal AK-47.
Klip itu dipercayai
dirakamkan ketika perang melanda wilayah Chechnya pada 2000 sebelum ia
merebak dengan meluas minggu lalu
No comments:
Post a Comment