Harakahdaily, | 13 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR:
Lim Kit Siang menyifatkan Utusan Malaysia telah memulakan kempen untuk
memburukkannya sebagai raksasa ke satu tahap baru apabila artikel
utamanya di dalam halaman editor bertanyakan soalan ‘Apa lagi Kit Siang
mahu?’ yang melancarkan serangan demi serangan tidak berasas.
“Jawapan saya ialah sekurang-kurangnya lima perkara, pilihan raya
yang bersih, bebas dan adil; Malaysia sebagai negara demokrasi normal;
pemulihan kedaulatan undang-undang; pendidikan bertaraf dunia dan
Malaysia yang bersatu, selamat, hijau, dan sihat,” ujarnya dalam satu
kenyataan.
Beliau berkata, sekiranya terdapat sistem pilihan raya yang bersih,
bebas dan adil, Perdana Menteri Malaysia hari ini selepas Pilihan raya
Umum ke-13 tentulah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bukannya Datuk Seri
Najib Razak.
Ini, katanya kerana Pakatan Rakyat tidak mempunyai masalah untuk
menang 125 kerusi parlimen yang dibahagikan di kalangan PKR sebanyak 45,
masing-masing PAS dan DAP 40 dengan majoriti selesa 128 daripada 222
kerusi parlimen.
No comments:
Post a Comment