Harakahdaily
| Rizal Tahir, | 29 Mei 2013 |
KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan akan menjadikan sektor perlancongan sebagai hasil pendapatan negeri yang utama negeri ini.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata,
industri perlancongan di negeri ini akan dipertingkatkan untuk menjadi
sektor berkenaan bagi menjana ekonomi.
“Pada penggal ini kerajaan negeri akan mempertingkatkan industri perlancongan di Kelantan supaya pelancong akan masuk dan income lebih berganda.
“Kita mengambil pengalaman di Sabah, sebelum ini mereka bergantung
kepada hasil balak, tetapi kini industri perlancongan di negeri
berkenaan adalah penyumbang utama ekonomi negeri itu,” ujarnya selepas
mesyuarat exco, hari ini.
Menurutnya lagi, sehingga kini hasil dari industri pembalakan masih lagi menjadi penyumbang utama ekonomi negeri Kelantan.
“Oleh itu, untuk mengurangkan kebergantungan kita kepada balak, maka industri perlancongan akan dipergiatkan,” ujarnya lagi.
Selain perlancongan, kerajaan negeri akan cuba untuk menambah hasil pendapatan melalui sumber asli dan mineral.
“Seperti kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar, bermula dari
penggal ini, kita akan memberi tender dan bukan lagi
permohonan-perhohonan biasa,” tegasnya.
Katanya, dengan kaedah tender ini akan memberikan hasil yang lebih kepada kerajaan negeri.
No comments:
Post a Comment