KUALA LUMPUR, 10 Mei — Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim (gambar)
berkata laporan dimuka depan Utusan Malaysia hari ini yang lantang
mengkritik masyarakat Cina kerana sentimen perkauman yang masih menebal
telah diambil daripada luar konteks.
Khoo
berkata akhbar milik Umno tersebut menggunakan kata-kata beliau dalam
artikel bertajuk “Suara tokoh Cina” bertujuan kelihatan seolah-olah
beliau hanya lantang terhadap masyarakat Cina, sedangkan beliau secara
terbuka sentiasa berbincang tentang hubungan etnik di negara ini dan
mengkritik semua kaum kerana terlalu mementingkan kumpulan mereka saja.
“Gambaran yang saya dapat daripada apa yang saya baca dalam Utusan
ialah saya kelihatan lantang terhadap masyarakat Cina, tetapi saya tidak
kata hanya Cina saja,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
“Saya berkata bahawa setiap kumpulan etnik masih cenderung untuk
pentingkan diri sendiri dan tidak memahami antara satu sama lain. Ia
bukan sahaja orang Cina tetapi orang Melayu dan India juga,” katanya.
Utusan Malaysia melaporkan Khoo berkata sifat perkauman dalam
masyarakat tersebut masih menebal sejak mereka masuk ke Malaya selepas
dibawa oleh penjajah British.
“Ramai daripada mereka tidak anggap Malaysia sebagai negara sendiri
sebaliknya sentiasa merasakan dijajah,” kata Khoo yang dipetik berkata
dalam Utusan Malaysia.
Khoo memberitahu The Malaysian Insider masalah perkauman tidak
berubah sejak zaman penjajah British, dan kurang persefahaman antara
kaum-kaum di negara ini bukan hanya berpunca daripada pemerintahan
“pecah dan perintah” seperti yang diamalkan British tetapi kerana rakyat
Malaysia sendiri .
“Penduduk di sini walaubagaimanapun tidak pernah belajar untuk memahami satu sama lain,” katanya.
“Saya memberikan anda satu contoh, anda pergi ke sebuah restoran yang
popular dan anda melihat pelbagai kumpulan etnik di sana tetapi apabila
anda memasuki anda boleh melihat satu meja, satu kumpulan etnik”
katanya lagi.
Beliau berkata pecahan di kalangan kumpulan etnik yang berbeza di
Malaysia adalah kerana kekurangan pengetahuan tentang negara mereka
sendiri, dan mencadangkan supaya sistem pendidikan ditukar semula untuk
mengubah keadaan.
“Saya telah mencadangkan banyak kali, satu-satunya cara kita boleh
membawa perubahan adalah melalui generasi muda supaya sistem pendidikan
dapat menangani masalah tersebut. Tetapi sistem pendidikan kita tidak
menangani masalah ini, kita terlalu menekankan untuk mencapai gred
tinggi dalam peperiksaan,” katanya.
Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia itu paling lantang mengkritik dan
menyalahkan masyarakat Cina ke atas prestasi buruk BN dalam Pilihan Raya
2013 disamping menyerang DAP yang dikatakan menghasut masyarakat
tersebut.
Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga selepas keputusan
PRU13 mengeluarkan kenyataan kontroversi apabila mengganggap pilihan
raya kali ini adalah “tsunami Cina” dan kemudiaan Utusan Malaysia
menyokongnya dengan mengeluarkan artikel berbentuk perkauman “Apa lagi
Cina mahu”.
Penganalisis telah menekankan keputusan Pilihan Raya 2013 bukanlah
“tsunami Cina” seperti didakwa oleh Najib akan tetapi peralihan besar
pengundi bandar dan kelas menengah yang menyaksikan jurang antara
bandar-luar bandar Malaysia semakin luas.
Barisan Nasional (BN) memenangi 133 berbanding 222 kerusi yang
dipertandingkan untuk parlimen, menurun tujuh kerusi, kepada pembangkang
jika dibandingkan dengan keputusan Pilihan Raya 2008.
Daripada 89 kerusi dimenangi Pakatan Rakyat, DAP memperolehi kerusi terbesar dengan 38 kerusi.
BN turut hilang undi popular kepada PR — pertama kali sejak 1969 ketika parti itu dikenali sebagai Perikatan.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment