Pattani: Ketua balai polis daerah Kapo di Pattani semalam menembak
dirinya sendiri di depan pegawai bawahan ketika menunggu untuk bertemu
pakar psikiatri bagi membincangkan masalah tekanan berkaitan kerja.
Insiden tembakan itu berlaku dalam kereta dipandu Korporal Tawan
Saikiri, ketika Kolonel Adul Peenaba-ngo, 45, dalam perjalanan dari
Pattani ke wilayah Yala dengan isterinya untuk bertemu pakar psikiatri
di sebuah klinik di Siroros. Tawan memberitahu polis bahawa dia
memarkir kereta itu kira-kira 50 meter dari klinik dan isteri Adul
keluar untuk bertemu dengan petugas di dalam klinik itu, meninggalkan
suaminya menunggu di dalam kereta.
Adul kemudian mengeluarkan pistol .357-calibre miliknya dan melepaskan satu das tembakan di pelipisnya.
Adul yang berada dalam keadaan kritikal dikejarkan ke Hospital Yala,
di mana dia kemudian disahkankan meninggal dunia. Tawan berkata, tekanan
berkaitan kerja mungkin menjadi punca kejadian bunuh diri itu kerana
Adul begitu serius dengan kerjanya. - Bangkok Post
myMetro
No comments:
Post a Comment