Wednesday, May 8, 2013

Khalid Ibrahim kekal sebagai MB Selangor - PAS

SHAH ALAM 8 MEI: PAS Pusat tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor walaupun PAS Selangor mempunyai kelebihan satu kerusi berbanding KEADILAN di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, demi semangat setia kawan dalam Pakatan Rakyat bersama KEADILAN dan DAP, Tan Sri Khalid Ibrahim akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

“Kita (PAS) tidak pernah tuntut, tidak pernah bercadang, tidak berhasrat pun ke arah itu. Kita sudah putuskan untuk kekalkan yang sedia ada (Khalid). Tunggulah dalam masa seminggu ini akan diumumkan,” katanya dipetik.

Persoalan siapakah bakal memegang jawatan Menteri Besar Selangor timbul memandangkan ketiga-tiga parti mempunyai jumlah kerusi hampir sama, iaitu PAS dan DAP sebanyak 15 kerusi manakala KEADILAN 14 kerusi.

Khalid yang juga Pengerusi Pakatan Selangor berkata, bakal Menteri Besar Selangor akan diumumkan minggu depan selepas pucuk pimpinan tertinggi Pakatan memutuskannya, dan individu itu akan mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Walaupun keputusannya akan diumum minggu depan, tetapi beberapa nama di kalangan pemimpin PAS mula disebut-sebut menggantikan Khalid, antaranya Abd Rani Osman, Iskandar Abd Samad dan Dr Ahmad Yunus Hairi.
Khalid Ibrahim kekal sebagai MB Selangor - PAS 

SHAH ALAM 8 MEI: PAS Pusat tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor walaupun PAS Selangor mempunyai kelebihan satu kerusi berbanding KEADILAN di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13). 

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, demi semangat setia kawan dalam Pakatan Rakyat bersama KEADILAN dan DAP, Tan Sri Khalid Ibrahim akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

“Kita (PAS) tidak pernah tuntut, tidak pernah bercadang, tidak berhasrat pun ke arah itu. Kita sudah putuskan untuk kekalkan yang sedia ada (Khalid). Tunggulah dalam masa seminggu ini akan diumumkan,” katanya dipetik. 

Persoalan siapakah bakal memegang jawatan Menteri Besar Selangor timbul memandangkan ketiga-tiga parti mempunyai jumlah kerusi hampir sama, iaitu PS dan DAP sebanyak 15 kerusi manakala KEADILAN 14 kerusi.

Khalid yang juga Pengerusi Pakatan Selangor berkata, bakal Menteri Besar Selangor akan diumumkan minggu depan selepas pucuk pimpinan tertinggi Pakatan memutuskannya, dan individu itu akan mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Walaupun keputusannya akan diumum minggu depan, tetapi beberapa nama di kalangan pemimpin PAS mula disebut-sebut menggantikan Khalid, antaranya Abd Rani Osman, Iskandar Abd Samad dan Dr Ahmad Yunus Hairi.

1 comment:

  1. Buruan gabung sekarang juga
    kemenangan menunggu kalian,bergabunglah di Ubcpokerbest
    pendaftaran bisa kunjungi link berikut ( https://bit.ly/2Jwle72 )

    ReplyDelete