Sunday, May 19, 2013

Kisah Benar: Kini Saatnya Aku Menggendong Ibuku (video)

Ada sekeping foto dan video yang menyentuh hati tersebar di internet. Foto itu menggambarkan seorang lelaki yang menggendong wanita lanjut usia dengan kain gendongan, seperti seorang ibu yang menggendong anaknya.
Setahun lalu, foto itu begitu mencuri perhatian dan ramai orang yang bertanya, siapa dia? Siapa yang digendongnya? Apa yang sedang mereka lakukan?
www.whatsonningbo.com
Foto tersebut rupanya adalah foto seorang lelaki yang sudah berusia 62 tahun dan bernama Ding Zhu Ji. Dia sedang berada di salah satu rumah sakit di China untuk menghantarkan ibunya. Sang ibu yang sudah berusia sangat tua, ringkih dan mengalami patah tulang, akhirnya digendong oleh Ding Zhu Ji ke rumah sakit. Ia melakukannya kerana berfikir, dengan menggendong ibunya ke rumah sakit akan lebih cepat sampai.
Lelaki ini sama sekali tak menduga bahawa apa yang dia lakukan akan mencuri perhatian   orang ramai. Pemandangan yang begitu menyentuh ini kemudian diabadikan oleh seseorang dalam bentuk foto yang kini beredar luas di internet. Selain itu, CCTV rumah sakit juga sempat merakam momen di mana lelaki  ini menggendong ibunya yang nampak seperti bayi.

Sang ibu saat ini sudah berusia 85 tahun, namun Ding Zhu Ji mengisahkan bahawa dia sangat berhutang budi pada ibunya. Saat masih mengandung Ding Zhu Ji usia 6 bulan, keduanya nyaris dilempar ke laut kerana sang ibu tidak sengaja menghilangkan   identiti kad naik perahu bersama perajurit Taiwan.

Ramai orang yang memohon agar ibu Ding Zhu Ji yang sedang mengandung itu tidak dilempar ke laut, hingga detik-detik menegangkan itu berubah melegakan kerana ada orang yang menemukan  identiti kad mereka.

Ding Zhu Ji yang mendengar kisah itu dari ibunya menjadi semakin sayang pada wanita yang telah melahirkan dan membesarkannya tersebut. Meski merupakan anak sulung, dirinyalah yang paling dekat dengan sang ibu. Bahkan hingga setua ini pun, dia masih merawat sang ibu.

Ding Zhu Ji juga merasa bersalah kerana tak menjaga ibunya dengan baik sehingga mengalami patah kaki kiri. Ding Zhu Ji pernah sangat ingin membawa ibunya yang sudah tua dan mulai nyanyuk untuk pulang dan menemui saudara di Tiongkok. Sayangnya sebelum itu sempat terjadi, sang ibu sudah kehilangan ingatannya dan hal itu membuatnya sangat menyesal.

No comments:

Post a Comment