KUALA LUMPUR, 12 Mei — Rakyat Malaysia telah mengajukan
rungutan kepada petisyen online White House berkenaan penipuan dalam
Pilihan Raya 2013, yang menyaksikan sejumlah 222,000 tandatangan telah
diterima dalam masa seminggu dan menjadikannya isu kedua popular menurut
Associated Press.
Petisyen online Presiden Amerika Syarikat Barack memerlukan 100,000
tandatangan untuk mendapatkan maklum balas daripada pegawai rasmi
kerajaan.
Menurut laporan AP, laman web pentadbiran Obama “Kami adalah Rakyat”
telah dimulakan pada 2011 sebagai projek kerajaan terbuka untuk pengguna
Internet.
Walaupun hanya untuk rakyat AS, syarat mengumpul tandatangan online
itu kekal terbuka yang cukup bagi membolehkan aktivis luar negara yang
tidak berpuas hati dengan kerajaan sendiri untuk menyuarakannya di
peringkat antarabnagsa, kata AP.
Laman berkenaan bagaimanapun tidak memerlukan kerakyatan seseorang.
Mereka hanya perlu berusia 13 dan ke atas dan mempunyai alamat emel yang sah bagi mencipta akaun bagi memulakan petisyen.
White House juga berkata akan memberikan layanan sama terhadap
petisyen dari luar negara. Kerajaan AS bagaimanapun masih lagi belum
memberikan maklum balas terhadap petisyen Malaysia itu.
Sebarang kritikan AS terhadap pilihan raya tercetus minggu ini
apabila Jabatan Negara AS mengiktiraf keputusan pilihan raya, sambil
mengakui kewujudan keraguan dalam pilihan raya, lapor AP.
Petisyen “spoke out the dissatisfactions to the international
communities successfully”, oleh virologist dan penganjur petisyen, Kuan
Ping Ang, berkata di laman Facebook miliknya, seperti dilaporkan AP.
Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya lalu namun tewas undi popular kepada Pakatan Rakyat (PR).
BN hanya memenangi 47 peratus undi sedangkan PR memenangi lebih separuh jumlah undi popular.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PR telah menganjurkan dua perhimpunan -
di Petaling Jaya dan Pulau Pinang- bagi menunjukkan rasa ketidak puasan
hati yang dakwa mereka telah ditipu.
PR telah mengkritik berkenaan paten pengundi yang meragukan, keraguan
dalam menguruskan peti undi, dan isu lain yang mana DAP dan PAS berdiam
diri berhubung petisyen keputusan pilihan raya.
PR berkata mereka menjangkakan 29 keputusan pilihan raya dan
perhimpunan, yang bermula di Selangor Rabu lalu, akan diteruskan dengan
perhimpunan sekali lagi di Perak hari ini.
No comments:
Post a Comment