Thursday, May 2, 2013

Luahan Hati Syamsul Yusof buat Ammar Alfian

May 2, 2013 oleh  

syamsulyusof+ammaralfian
Minggu lepas kita dapat melihat pelbagai kontroversi antara Ammar Alfian, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof. Segalanya bermula daripada pendedahan Ammar kepada media kononnya bekas kekasihnya Puteri Sarah menjalinkan hubungan cinta dengan pengarah muda Syamsul Yusof sebelum perpisahan mereka berlaku. Tak lama selepas itu, Ammar dikatakan menghentam Puteri Sarah lagi dan mengeluarkan pelbagai statement yang turut menghina Syamsul Yusof dan keluarganya di laman sosial Twitter milik Ammar.

Terbaru, menerusi laman sosial Facebook milik Syamsul, dia telah meluahkan segala isi hatinya terhadap apa yang berlaku. Walaupun Syamsul tidak menyebut nama individu yang dimaksudkan dalam luahannya itu, namun ia nampak dengan jelas bahawa penulisannya itu sememangnya ditujukan kepada pemilik nama Ammar Alfian.
Assalamualaikum buat semua pembaca, moga kalian sihat dan dirahmati Allah.Sewaktu aku sedang asyik menyiapkan kerja2 ku tiba2 aku mendapat panggilan dr seorang sahabat yg memberitahu ada seorang hamba Allah telah mengaitkan namaku juga keluarga ku dlm masalah dirinya. Lalu aku terpaksa mencuri sedikit masa utk mengetahui apakah yg sedang hangat diperkatakan itu.
Selepas segalanya aku baca dan renungi…Apa yg ku boleh katakan aku agak terkejut dan hairan. Mengapa dia melibatkan aku dlm masalah peribadinya? Dengan begitu bangga menghina aku, keluargaku juga beberapa pihak yg lain di laman twittermu?
MasyaAllah kawanku, jgnlah kamu terlalu megikut rasa nafsu dihati sehingga mengaku sendiri keburukan diri dan sedarkah kamu, kamu bukan saja telah menghina org lain dengan kata2 kotormu itu malah kamu sndiri tanpa sedar telah memalukan keluargamu, juga terus-terusan menunjukkan keburukan dirimu pd umum. Sedarkah kamu kwnku?
Dlm hidup yg singkat ini aku berpegang pada Agama dan prinsip. Aku memilih utk tidak memanjangkan hal ini dgn perbalahan tanpa kesabaran kerana kesabaran itu adalah senjata setiap muslim. Tiada kematangan/kebaikan dlm isu ini.
Jadi aku maafkan kamu atas segala tuduhan dan hinaan mu padaku juga keluargaku. Aku maafkan kamu kwn. Aku sedih melihat kita berbalah, memfitnah dalam dunia maya. Kita hidup tidak lama.. Mengapa perlu ditambah ‘bekalan yang tidak sepatutnya’ untuk dibawa ke ‘sana’..
“Apabila ada dua orang yang saling mencaci-maki, maka cacian yang diucapkan oleh keduanya itu, dosanya akan ditanggung oleh orang yang memulai cacian selama orang yang dizhalimi itu tidak melampaui batas.” #sabda Rasulullah.
Akhir kata, Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca kenyataan/luahan ku ini.
Pengarah Kerdil,
Syamsul Yusof
OHARTIS: SALUTE DENGAN CARA SYAMSUL YANG TAK CEPAT MELENTING WALAUPUN ORANG HINA KELUARGA DIA TETAP BERLEMBUT DAN MEMAAFKAN. KEPADA AMMAR SUDAH-SUDAH LAH TU, KALAU DAH TAK LAKU DALAM INDUSTRY TAK PAYAH BUAT PUBLISITY MURAHAN SEPERTI NI.
sumber: Ohartis

No comments:

Post a Comment