Thursday, May 30, 2013

Masa depan Malaysia cerah apabila pembangkang kuat, kata Guan Eng

Oleh Md Izwan May 29, 2013
KUALA LUMPUR 29 Mei — Masa depan Malaysia kekal cerah apabila pembangkang yang kuat akan membantu menjaga kerajaan dan memastikan akauntabiliti lebih tegas, kata pemimpin DAP Lim Guan Eng dalam ucapannya di Oxford University's Merton College. 
Setiausaha agung DAP tersebut juga menggesa rakyat Malaysia yang belajar diluar negara pulang ke tanahair serta menolak hujah mengatakan ahli pembangkang ramai di dalam Parlimen akan menggugat kestabilan politik negara yang mungkin menggugat ekonomi.

"Saya menolak pendirian yang mengatakan bahawa prospek masa depan negara akan terjejas dengan kehadiran pembangkang yang kuat," kata beliau (gambar)  dihadapan pelajar Malaysia disebuah institusi pendidikan unit semalam, salinannya dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini.

"Kita sudah melihat bagaimana persaingan polisi memaksa BN untuk bertindak terhadap cadangan Pakatan," kata Ahli Parlimen Bagan itu merujuk kepada musuh politik mereka, Barisan Nasional, yang berjaya mengekalkan kuasa walaupun kalah undi popular.

Lim yang juga merupakan ketua menteri Pulau Pinang menegaskan Putrajaya akan menyambung kontraknya dengan generasi pertama Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) yang dijangka luput dalam masa terdekat dengan kos lebih rendah ekoran tekanan daripada ahli politik pembangkang.

13 parti dalam yang hanya memperoleh 47 peratus undi popular memenangi 133 kerusi Parlimen daripada keseluruhan 222 kerusi dalam Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah, berbanding dengan gabungan Pakatan Rakyat (PR) DAP-PAS-PKR yang mendapat 51 peratus undi popular dan 89 kerusi Parlimen.

Walaubagaimanapun, PR berjaya meningkatkan penyertaan mereka dalam parlimen berbanding hanya 82 pada tahun 2008.
Meskipun kehilangan negeri Kedah pada pilihan raya 5 Mei lalu, gabungan parti pembangkang tersebut berjaya mempertahankan Pulau Pinang dan Selangor, dua negeri yang merupakan penyumbang utama kepada negara dengan majoriti undi lebih tinggi.

Lim juga berkata BN dipaksa untuk mengumumkan penurunan harga kereta secara beransur-ansur, ekoran janji-janjinya dalam pilihan raya lalu yang didakwa ditiru dalam Buku Jingga milik PR.
"Tetapi sekarang dengan kekuatan 89 ahli parlimen yang datang dari setiap negeri di Malaysia kecuali Perlis, anda boleh yakin yang kami akan membongkar setiap sudut dan celah bagi memastikan BN berasa sukar untuk mengulangi seperti perjanjian NFC 'lembu di kondo'," kata Lim yang merujuk kepada projek penternakan lembu mega RM250juta milik keluarga pemimpin Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hingga memaksa perletakkan jawatannya.

Lim membayangkan dengan pemimpin muda dalam PR yang semakin ramai, ia akan memastikan semak dan imbang ke atas kerajaan BN serta menamakan pemimpin muda PKR seperti Rafizi Ramli yang baru-baru ini dinobat sebagai MP Pandan kerana bertanggungjawab mendedahkan salah guna kuasa keluarga Shahrizat.
Lain-lain ahli politik yang dinamakan adalah Nurul Izzah Anwar, 33, yang baru memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai penggal kedua, Datuk Mahfuz Omar, Ong Kian Ming dan graduan Oxford, Tony Pua.

Beliau juga menggesa mahasiswa Malaysia untuk kembali ke tanahair "untuk menjadikan Malaysia lebih kuat".
"Bakat manusia hanya dapat dibangun dan dikembangkan dengan latihan dan kerja keras.
"Kami perlu anak muda dan yang berbakat untuk kembali ke tanahair," katanya lagi, serta mengingatkan mereka persaingan dan akuntabiliti adalah batu penghalang kepada pertumbuhan negara.
 The Malaysian Insider 

No comments:

Post a Comment