| Harakahdaily, | 11 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: Walaupun
Umno membalas dendam untuk kekalahan mereka dalam pilihan raya umum,
terutamanya kegagalan untuk mendapatkan majoriti 2/3 parlimen, dengan
menyalahkan orang Cina; MCA dan Gerakan berperangai kebudak-budakan
dengan menutup pusat-pusat khidmat mereka.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, rakyat tidak akan lagi menjadi mangsa kepada ancaman tersebut.
Baginya, MCA dan Gerakan lebih kepada menutup kedai dan bukan sekadar pusat-pusat khidmat mereka.
“Pemimpin-pemimpin DAP dan ahli-ahli perlu berusaha lebih dengan menggantikan BN sama ada MCA atau Gerakan, dalam berkhidmat kepada rakyat di mana MCA atau Gerakan telah meninggalkan rakyat,” ujarnya semasa Persidangan Khas DAP untuk 38 ahli parlimen dan 103 Dun di sini, hari ini.
Katanya, MCA dan Gerakan terlalu memandang rendah harapan rakyat untuk perubahan jika mereka fikir menutup pusat khidmat atau pejabat mereka sebagai membalas dendam kerana kekalahan dalam pilihan raya umum boleh menakut-nakutkan pengundi.
Tegasnya, DAP tidak menutup pejabat atau pusat khidmatnya apabila kalah dalam setiap pilihan raya umum sejak 1966 sehingga 2008 tetapi terus berjuang untuk rakyat.
Semua ini, jelasnya dilakukan apabila Umno menjadikan kedua-dua DAP dan masyarakat Cina sebagai penjahat kerana berani melawan dan mengundi menentang BN.
Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan, rakyat Malaysia tidak lagi bodoh dan tidak akan membenarkan BN memainkan isu-isu nasional dengan sentimen perkauman.
Sebaliknya, tambah beliau setiap perkara perlu dibincangkan dan diputuskan berdasarkan merit tanpa berasaskan sentimen kaum tetapi berasaskan keperluan.
Ini, ujarnya adalah anjakan paradigma baru pilihan raya umum kali ini bahawa rakyat telah muak dan bosan dengan politik berasaskan kaum dan pelampau serta memilih dengan jelas untuk dasar-dasar mesra rakyat yang memberi perubahan kepada kehidupan rakyat biasa.
“Marilah kita membuktikan bahawa kuasa rakyat adalah lebih kuat daripada orang-orang yang berkuasa,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment