Selasa, 7 Mei 2013
ADUN Pauh, Azlan Man, 54, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis ke-11 di Istana Arau, pagi Selasa
ARAU: Ahli Dewan Undangan Negeri Pauh, Azlan Man mengangkat sumpah Menteri Besar Perlis di Istana Arau, di sini pada Selasa.
Azlan, 55, mengangkat sumpah di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pukul 10 pagi.
Pada Pilihan
Raya Umum ke-13, Azlan yang merupakan calon muka baru memenangi kerusi
DUN Pauh dengan menewaskan calon PAS Idris Yaacob.
Azlan menggantikan Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, yang tidak bertanding pada PRU-13.
Beliau
merupakan pemegang Ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi Antarabangsa dari
Universiti of Denver, Amerika Syarikat, sebelum ini adalah Timbalan
Ketua Pengarah (Pengaduan) Biro Pengaduan Awam di Jabatan Perdana
Menteri.
Azlan juga pernah berkhidmat sebagai Konsul di Pejabat Konsul Besar Malaysia di Toronto, Kanada adalah anak tempatan.
* Sumber mStar Online
No comments:
Post a Comment