'The
Malaysian Insider' difahamkan jawatan Menteri Pengangkutan disimpan
untuk Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai. - Gambar failKUALA
LUMPUR, 16 Mei — Datuk Seri Najib Razak telah menyimpan dua kerusi
untuk pemimpin MCA dalam pentadbirannya sebaik sahaja parti tersebut
menjalani pemilihan dalaman dan mengubah pendirian untuk tidak bersama
kerajaan disebabkan kerana kalah dalam pilihan raya, kata sumber.
MCA hanya menang tujuh daripada 37 kerusi Parlimen yang ditandingi
dalam Pilihan Raya 2013 menyebabkan presiden parti Datuk Seri Dr Chua
Soi Lek menunaikan janjinya agar MCA tidak mengambil jawatan dalam
Kabinet kerana prestasi lebih buruk dari pilihan raya umum 2008.
The Malaysian Insider difahamkan, jawatan Menteri
Pengangkutan disimpan untuk Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong
Lai jika beliau berjaya memimpin parti itu selepas Dr Chua mengosongkan
kerusi presiden parti.
Satu lagi slot disimpan adalah Timbalan Menteri di Kementerian Kewangan.
“Jika Liow megambil jawatan itu sekarang, dia akan dipecat daripada
parti dan tidak boleh bertanding jawatan presiden MCA. Jadi perdana
menteri menunggu pemilihan MCA selesai terlebih dahulu,” kata sumber
kepada The Malaysian Insider.
Najib menamakan 31 menteri dalam Kabinet semalam dengan satu-satunya
menteri Cina adalah Presiden Transparency International Datuk Paul Low
sementara Datuk Mary Yap Kain Ching dari PBS dijadikan timbalan menteri
di Kementerian Pelajaran dan Pendidikan Tinggi.
Perdana menteri juga menamakan Datuk Seri Hishamuddin Hussein untuk
memangku jawatan Menteri Pengangkutan dan hanya menamakan satu timbalan
menteri di Kementerian Kewangan dimana sumber mengatakan ianya disimpan
untuk MCA.
Dalam Kabinet sebelum ini, terdapat enam menteri dan 10 timbalan
menteri Cina, kedua-dua dari parti semenanjung dan Malaysia Timur.
Veteran MCA dan bekas-bekas presiden telah mendesak Dr Chua untuk
berhenti dengan serta merta akan tetapi beliau menegaskan akan terus
memimpin sehingga pemilihan parti selesai diantara Jun dan Disember.
Sumber BN mengatakan terdapat ketakutan Dr Chua mungkin mahu kekal
sebagai presiden walaupun telah mengisytiharkan untuk meletakkan jawatan
bagi mengambil tanggungjawab di atas kekalahan parti itu.
“Beliau menyiapkan senarai calon pilihan raya dengan penyokongnya
dalam PRU13, supaya beliau boleh terus kekal. Macam-macam boleh terjadi
walaupun beliau kata untuk tidak akan meneruskannya,” kata sumber BN
itu.
Sumber lain dari BN mengatakan Dr Chua telah “menyerahkan” kerusi
Parlimen Gelang Patah, Wangsa Maju dan Kuantan kepada Umno sebagai
pertukaran untuk bebas memilih calon MCA di kerusi Parlimen dan Dewan
Undangan Negeri (DUN).
“Bilik perang BN bersetuju dengan permintaannya tetapi seperti yang
anda lihat, Umno kalah di ketiga-tiga kerusi Parlimen sama seperti MCA
di kerusi lain,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Ahli politik BN telah menyalahkan “tsunami Cina” untuk kelemahan
prestasi mereka dalam pilihan raya 5 Mei walaupun penganalisis
mengatakan gabungan itu hilang sokongan dari semua kaum di kawasan
bandar, menunjukkan pertentangan bandar dan luar bandar.
BN hanya menang 133 kerusi Parlimen dan 275 kerusi DUN pada Pilihan
Raya 2013, kurang dari 140 kerusi Parlimen dan 306 daripada 505 kerusi
DUN dalam pilihan raya umum 2008.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment