Monday, May 20, 2013

Panas: Adnan Di Gesa Siasat Dakwaan Individu Muflis Di Lantik CEO Anak Syarikat Kerajaan Negeri Pahang

[Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob digesa menyiasat terdapat dakwaan Kerajaan Negeri Pahang terlepas pandang dengan melantik seorang individu yang "muflis" menjadi Chief Executive Officer (CEO) sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang. 
 
Terdapat bukti dan dokumen kukuh menunjukkan individu terbabit telah diisytiharkan muflis pada tahun 2008 iaitu beberapa bulan selepas dia dilantik menjadi CEO. Persoalannya, kenapa Kerajaan Negeri Pahang tidak menyiasat dakwaan ini. Senario ini sungguh memalukan dan tidak wajar berlaku kepada semua anak syarikat kerajaan negeri. 
 
Umum mengetahui, mana-mana pihak yang "muflis" mereka tidak dibenarkan menjalankan urusan perniagaan malah memegang apa-apa jawatan baik dalam kerajaan mahu pun swasta. Persoalannya, kenapa perkara ini boleh berlaku di negeri Pahang. Justeru, Menteri Besar Pahang digesa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap maklumat panas ini. Kreadibili Kerajaan Negeri Pahang boleh tercemar jika apa yang didakwa ini benar dan ada asasnya.
 
 PDO akan mendedahkan nama individu terbabit dan anak syarikat Kerajaan Negeri Pahang yang mana beliau adalah CEOnya selepas segala dokumen lengkap diperolehi dalam masa terdekat. Apapun, amat mengejutkan apabila "orang Muflis jadi CEO" tanpa dapat dihidu oleh pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang sebenarnya. Laporan seterusnya menyusul].PDO

No comments:

Post a Comment