May 12, 2013
KUALA
TERENGGANU, 12 Mei — PAS menyesali kenyataan Menteri Besar Terengganu
Datuk Seri Ahmad Said bahawa beliau tidak akan melantik Pegawai
Pembangunan DUN (PPD) dan Pegawai Pembangunan Parlimen (PPP) di kawasan
Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya umum baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Negeri,
Ariffin Deraman berkata PPD dan PPP tidak diwujudkan mungkin akibat
rakyat ‘tidak mengenang budi’ BN hingga menyebabkan beberapa calonnya
seperti di Bukit Payong, Ru Rendang, Bukit Tunggal dan lain-lain
kecundang pada pilihan raya itu.
“Sepatutnya peruntukan kepada Adun
pembangkang khususnya PAS juga diberi sama seperti yang disalurkan
kepada PPD sebelum ini, baru berlaku keadilan dalam pengurusan,” katanya
kepada pemberita di sini hari ini.
Bagaimanapun, Ariffin berkata untuk jangka
panjang, PAS sedia terima (kenyataan Ahmad) kerana ia memudahkan urusan
Adun Pas untuk bersama dengan rakyat. Ariffin berkata demikian ketika
mengulas pelantikan menteri besar dan 10 anggota exco Terengganu yang
baru di Istana Maziah semalam.
Adun Alor Limbat itu turut menyentuh
kenyataan Ahmad bahawa projek perumahan mampu milik hanya akan dilaksana
di kawasan yang dimenangi BN. Ariffin berkata, ini menunjukkan
diskriminasi dan kezaliman.
Di negara demokrasi, amalan sedemikian tidak wajar berlaku, kata beliau. — Bernama
No comments:
Post a Comment