Wednesday, May 1, 2013

PECAH BERITA! Rakyat Akan Jimat RM27 Bilion Lagi Jika Pakatan Rakyat Berkuasa!

Wednesday, May 01, 2013


Calon PAS parlimen Putrajaya, Husam Musa mencadangkan supaya Kerajaan Pakatan Rakyat menghentikan amalan sewaan bangunan kerajaan dari Putrajaya Holding (PjH).

Tindakan ini katanya, sekaligus dapat menjimatkan RM1.7 bilion setahun atau RM27 bilion untuk 15 tahun akan datang.

Dalam sidang akhbarnya di Pusat Media PAS di Presint 9, sebentar tadi Husam memberitahu perkara ini sudah dibangkitkan beliau di Parlimen semenjak 2001 lagi.

Pendedahan Husam ini sangat mengejutkan rakyat kerana ramai yang tidak tahu, semua bangunan kerajaan termasuk pejabat Perdana Menteri, kediaman rasmi PM dan TPM disewa daripada Putrajaya Holdings.

Menurut Husam, sewaan bangunan kerajaan ini bermula pada tahun 2003 secara berperingkat-peringkat mengikut bangunan yang disiapkan.

Husam berkata, Putrajaya Holdings telah mendapat tanah kerajaan secara percuma dan untuk pembinaan Putrajaya telah mengeluar bon-bon yang dijamin Kerajaan Malaysia.

"Dengan penjimatan wang sebanyak ini, kita boleh laksanakan banyak program untuk pembangunan yang memberi manfaat kepada penjawat awam dan rakyat Malaysia," ujarnya.

Pada 13 Julai 2000, kerajaan mendedahkan jawapannya membelanjakan kira-kira RM7.7 juta sebulan untuk membayar sewa bagi bangunan-bangunan kegunaan kerajaan di Putrajaya, kata Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Khamsiyah Yeop.

Beliau menjawab soalan bertulis Nasharuddin Mat Isa (PAS-Yan) di Dewan Rakyat yang meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah wang yang dibelanjakan setiap bulan untuk menyewa bangunan-bangunan kegunaan kerajaan di Putrajaya. 
JALAN PULANG

No comments:

Post a Comment