Cina keliru menyebabkan tsunami anti-BN, kata Nazri
KUALA
LUMPUR, 8 Mei — Masyarakat Cina dikelirukan sehingga memikirkan
kerajaan Pakatan Rakyat (PR) akan menamatkan hak keistimewaan Melayu dan
Bumiputera, kata ahli politik kanan Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz,
menyertai rakan-rakannya menggambarkan keputusan pada Ahad sebagai
“tsunami Cina”.
Ahli Parlimen Padang Rengas itu menegaskan tsunami yang dicadangkan
oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah benar, kerana jelas
dari keputusan pilihan raya, masyarakat Cina “mengundi mengikut garis
kaum”.
“Mari kita bercakap dengan fakta. Sangat jelas mereka mengundi
mengikut garis kaum. Saya tidak akan meminta maaf tentang fakta ini.
No comments:
Post a Comment