KUALA
LUMPUR, 6 Mei — Langkah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berpindah ke
kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang membawa tuah apabila
berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 2,994
pada pilihan raya semalam.
Calon PKR tersebut memperoleh 18, 591 undi berbanding Datuk
Nasarrudin Md. Zin yang hanya memperoleh 15, 597 selepas berakhir
selepas pengiraan undi malam tadi.
Pengundi yang keluar mengundi adalah sebanyak 87.1 peratus daripada 39, 972 jumlah pengundi, manakala sebanyak 596 undi ditolak.
Abdul Khalid sebelum ini adalah penyandang kerusi di DUN Ijok selepas
memenanginya pada 2008 dan kemudiaannya dilantik sebagai menteri besar
negeri terkaya di Malaysia itu.
Penyandang kerusi tersebut juga pada 2008 adalah daripada PKR, Badrul
Hisham Abdullah yang membuat keputusan keluar parti pada tahun 2009.
TMI
No comments:
Post a Comment