Monday, May 6, 2013

Perpindahan Abdul Khalid ke Pelabuhan Klang bawa tuah


Oleh Md Izwan

May 06, 2013
Abdul Khalid sebelum ini adalah penyandang kerusi di DUN Ijok selepas memenanginya pada 2008 dan kemudiaannya dilantik sebagai menteri besar negeri terkaya di Malaysia itu. - Gambar failKUALA LUMPUR, 6 Mei — Langkah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berpindah ke kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang membawa tuah apabila berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 2,994 pada pilihan raya semalam.
Calon PKR tersebut memperoleh 18, 591 undi berbanding Datuk Nasarrudin Md. Zin yang hanya memperoleh 15, 597 selepas berakhir selepas pengiraan undi malam tadi.
Pengundi yang keluar mengundi adalah sebanyak 87.1 peratus daripada 39, 972 jumlah pengundi, manakala sebanyak 596 undi ditolak.
Abdul Khalid sebelum ini adalah penyandang kerusi di DUN Ijok selepas memenanginya pada 2008 dan kemudiaannya dilantik sebagai menteri besar negeri terkaya di Malaysia itu.
Penyandang kerusi tersebut juga pada 2008 adalah daripada PKR, Badrul Hisham Abdullah yang membuat keputusan keluar parti pada tahun 2009.
TMI

No comments:

Post a Comment