Sunday, May 19, 2013

PPIM nafi syarikat ‘Aminah Hassan’ sokong parti politik


May 19, 2013
KUALA LUMPUR, 19 Mei — Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menafikan yang mereka pernah membuat kenyataan mendakwa syarikat yang mengeluarkan produk sos cili ‘Aminah Hassan’ adalah penyokong sebuah parti politik.

Ketua aktivisnya Datuk Nadzim Johan dalam satu kenyataan malam ini mengesahkan bahawa produk itu merupakan produk Muslim yang sehingga kini kekal dalam pemilikan keluarga Allahyarhamah Aminah Hassan. – Bernama

No comments:

Post a Comment