Sebagai
suara majoriti rakyat, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail
hari ini menuntut agar kerajaan BN bersama-sama dengan parti itu
melaksanakan Agenda Pemulihan Demokrasi sebelum mengadakan rekonsiliasi
politik.
Menurut Wan Azizah, tawaran yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung rekonsiliasi politik sebelum ini dilihat tidak ikhlas apabila terdapat pemimpin BN yang meminta agar sesiapa yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya supaya berpindah ke luar negara.
"Tawaran perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang dibuat selepas kemenangan palsu PRU13 agar mengadakan rekonsiliasi terbukti tidak ikhlas apabila ada pemimpin BN yang angkuh dan sombong mencabar sesiapa yang tidak bersetuju dengan sistem pilihan raya negara supaya berpindah ke negara lain.
"Apakah pemimpin BN tersebut mahu 51 peratus rakyat Malaysia berpindah ke negara lain?
"Oleh yang demikian sebagai suara majoriti rakyat kita akan terus menuntut kerajaan minoriti BN bersama-sama kita untuk melaksanakan Agenda Pemulihan Demokrasi melalui reformasi politik yakni reformasi pilihan raya dan reformasi Parlimen sebelum menawarkan rekonsiliasi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan perasmian bagi hari kedua Kongres Nasional PKR kali ke-9 di Petaling Jaya.

Sebelum
ini, Najib menawarkan rekonsialisasi politik selepas keputusan pilihan
raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu yang menyebelahi BN.
Bagaimanapun,
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula berkata
mana-mana individu yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya
agar berhijrah ke negara lain.
Sementara itu,
dalam ucapan sama, berikutan wujudnya dakwaan lebihan kertas undi serta
pemberian kad pengenalan kepada warga asing, Wan Azizah turut
mencadangkan agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diperluaskan ke
seluruh negara.
"PKR dengan ini
mencadangkan supaya ditubuhkan satu RCI bagi menyiasat projek pemberian
kad pengenalan sepertimana yang terbukti berlaku di Sabah agar
diperluaskan ke seluruh negara," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment