11 Mei 2013 catatan idahsalam
Media China, Guangxi Channel seperti dilansir News.com.au, Jumaat (10/5/2013) memberitakan, kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai Qin itu cemburu pada teman sekelasnya, Zhou (13) yang lebih cantik dan lebih popular.
Mahkamah Rakyat Kota Guangxi Hechi memerintahkan orangtua Qin untuk membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa sebesar 108 ribu yuan . Qin pun akan dimasukkan ke program rehabilitasi selama tiga tahun.
Dalam perbicaraan terungkap, pelaku mengundang mangsa untuk datang ke rumahnya, yang berjarak sekitar 150 meter dari rumahnya, lalu membunuhnya. Qin memukul mangsa dengan bangku hingga tak sedarkan diri.
Setelah itu Qin menusuk mangsa dengan pisau dapur, gunting dan pisau kertas. Bahkan Qin kemudian memenggal kepala dan kedua tangan korban, lalu menaruhnya dalam sebuah beg.
Hakim menilai Qin dengan sengaja membunuh Zhou. Namun kerana Qin masih berusia di bawah 14 tahun maka dia tak boleh dihukum penjara.
No comments:
Post a Comment