SHAH
ALAM, 2 Mei ― Risalah bertajuk “Malaysia Negara Rakyat Cina” adalah
diantara yang turut diedarkan kepada hadirin yang majoritinya terdiri
daripada Melayu ke program ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad anjuran
Barisan Nasional (BN) malam tadi.
Risalah empat muka itu berlatarkan logo DAP, menceritakan tentang
perjumpaan kaum Cina yang didakwa diadakan di Ipoh pada 15 Mei 1978,
turut diberikan oleh salah seorang petugas BN kepada The Malaysian
Insider.
“Mari sama-sama kita bersatu padu demi untuk keuntungan diri dan
perniagaan hidup bangsa Cina yang mulia. Kita patut memakai peribahasa
Melayu yang bodoh itu, seperti kadok naik junjung dan beri betis
hendakkan peha. Mula-mula kita tumpang negara orang, kemudian kita
takluk dengan cara halus lagi berkesan serta lebih rapi yang mana semua
pemimpin-pemimpin kita khasnya sudah pun ada matlamat ini. Mungkin dalam
2 atau 3 pilihan raya lagi kita akan berkuasa dan berjaya memecah
belahkan pemimpin Melayu,” tulis risalah tersebut.
“Saya
dan pemimpin-pemimpin DAP sangat-sangat berharap semoga semua sama-sama
kita bersatu padu merampas hak melayu kepada hak Cina, bantulah bangsa
kita walau dengan apa cara sekalipun. Kejayaan inilah atas kerjasama
serta persefahaman dari bangsa kita yang cerdik lagi mulia.”
Di muka surat akhir risalah itu tertulis keterangan mengatakan
rencana itu diterjemahkan oleh seorang Melayu mirip wajah Cina yang
mendapat risalah yang ditulis dalam bahasa Cina.
Beliau yang tidak dinamakan, mengingatkan orang-orang Melayu tentang ancaman terhadap kedudukan mereka oleh orang Cina.
Risalah itu diakhiri dengan amaran, “Mahukah tuan-tuan rela dan
meredahi bangsa laknat (Cina) ini berkuasa dengan sewenang-wenangnya,
hidupkan semangat menentang kafir itu demi agama suci Islam kita.”
DAP adalah salah satu parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yang
seringkali dikatakan sebagai parti perkauman oleh Umno yang menerajui
BN.
Sementara
MCA yang merupakan ahli BN pula dalam iklan-iklan mereka
diakhbar-akhbar arus perdana mengatakan undi kepada DAP sama dengan
pelaksanaan hukum Islam hudud oleh PAS.
Secara ironinya, Dr Mahathir yang menjadi penceramah utama turut
menyentuh tentang Penasihat DAP Lim Kit Siang yang beliau sifatkan
sebagai seorang pelampau perkauman dan menghasut orang-orang Cina supaya
membenci Melayu.
“Tuan-tuan dan puan-puan, malam ini pun saya nak sebut dengan suara
yang selantang mungkin. Bahawa Kit Siang adalah seorang rasis, Kit Siang
adalah seorang rasis, Kit Siang adalah seorang pelampau perkauman,”
kata bekas perdana menteri itu disambut oleh hadirin yang menjeritkan
“betul”.
Semalam The Malaysian Insider melaporkan gambar provokatif papan
iklan kempen pilihan raya mengatakan gereja sebagai merampas “Allah”
telah merebak di internet dan mencetuskan kemarahan di kalangan orang
Kristian dikala parti-parti politik dan penyokong dilihat semakin
ghairah untuk menawan Putrajaya.
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dipetik
dari agensi berita nasional Bernama walau bagaimanapun menafikan
sekerasnya dakwaan BN menerbit, mencetak serta memasang banner kempen
yang melampau dan tidak bertanggungjawab.
Tinggal tiga hari lagi sebelum rakyat Malaysia akan membuat keputusan
pada 5 Mei ini sama ada akan mengekalkan BN atau memberi peluang kepada
PR untuk mentadibir negara.
The Malaysian
Insider.
No comments:
Post a Comment