Hartawan
penerbangan Sir Richard Branson akan mendarat di Kuala Lumpur tengah
hari ini dengan memakai mekap, berkasut tumit tinggi dan sarung kaki
untuk menunaikan janji setelah kalah pertaruhan kepada Ketua Eksekutif
AirAsia Tony Fernandes pada Grand Prix dua tahun lepas.
Beliau berlepas dari Perth pagi ini dengan penerbangan amal untuk mengumpul dana ke Kuala Lumpur, dengan berpakaian wanita.
The
Australian Associated Press melaporkan di sebuah bar di Perth CBD pada
Sabtu malam, Branson membenarkan pramugari AirAsia mencukur bulu
kakinya.
Terdapat alasan kukuh kenapa beliau mengambil masa yang
lama untuk menunaikan janjinya itu -- kakinya patah, terbabit dalam
kemalangan semasa naik belon udara panas untuk menyaksikan prototaip
Virgin Galactic, yang akan melakukan penerbangan komersil ke angkasa
"Ya,
memang betul. Kami sama-sama memiliki pasukan Grand Prix dan saya amat
yakin yang saya akan menang," kata Branson sepertimana dipetik oleh AA.,
"Berlaku
kesilapan. Sudah tentu pemandu pada perlumbaan itu tidak lagi
bersama-sama kami. Saya berusaha untuk mengelak berada di sini (dalam
penerbangan amal ini), tetapi tahu perlu tunaikannya."
Sementara
itu, Fernandes yang dicabar untuk menunaikan janjinya, mengumumkan akan
menjadi seorang daripada pelancong angkasa dalam penerbangan komersil
pertama Virgin Galactic, merupakan penerbangan yang amat mahal.
"Apa
yang beliau (Branson) tidak sedar ialah sebaik sahaja saya pergi ke
angkasa, akan ada versi tambang murah - AirAsia Galactica, kira-kira 10
peratus daripada harga yang beliau kenakan," katanya.
Dana daripada penerbangan amal itu akan disalurkan kepada Starlight Foundation untuk kanak-kanak sakit.
No comments:
Post a Comment