KUALA
LUMPUR, 8 Mei — Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini
mengesahkan beliau meletak jawatan sebagai Pengerusi Pelabuhan Pulau
Pinang, ekoran resolusi parti untuk meletak semua jawatan kerajaan
selepas menunjukkan prestasi buruk dalam Pilihan Raya 2008.
Dr Chua (gambar) bagaimanapun berkata, beliau perlu
berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum meletak
jawatan secara rasmi.
“Saya dilantik oleh PM, jadi saya akan berjumpa beliau sebelum
mengumumkan perletakan jawatan sebagai tanda penghargaan,” katanya di
dalam laman Facebook petang ini.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengambil berat terhadap saya.”
Dr Chua turut mengesahkan dalam kenyataan awalnya bahawa beliau
menolak jawatan sebagai anggota Majlis Ekonomi Negara ketika pembubaran
Parlimen bulan lalu.
“Anggota baru akan dilantik oleh Perdana Menteri selepas pembentukan Kabinet baru,” katanya.
Dr Chua telah digesa melepaskan jawatan sebagai anggota MCA, termasuk disebabkan keputusan pilihan raya Ahad lalu.
MCA hanya beroleh kemenangan tujuh kerusi Parlimen dan 11 kerusi negeri, daripada 37 Parlimen dan 90 kerusi negeri.
Kekalahan memalukan itu menyaksikan kekalahan kedua terbesar parti
komponen Barisan Nasional (BN) apabila tewas lebih 50 peratus daripada
15 kerusi Parlimen dimenangi ketika Pilihan Raya 2008, dan didesak
melaksanakan keputusan pada 2010 untuk menolak semua jawatan kerajaan
jika tewas lebih teruk.
Dalam kenyataan ringkasnya selepas keputusan pilihan raya, Dr Chua
mengumumkan beliau tidak akan pencalonan semula dalam partinya yang akan
dilaksanakan pada November.
“Sebagai presiden MCA, saya perlu menstabilkan parti dalam keadanaan
yang sukat. Saya akan memanggil mesyuarat Majlis Presiden dan
Jawatankuasa Tertinggi untuk menyatakan hala tuju parti ekoran keputusan
sedemikian.
“Pada masa sama, saya memutuskan saya tidak akan dicalonkan semula dalam pemilihan parti,” katanya dalam kenyataan.
Beliau turut mengakui keputusan lemah MCA itu namun mengesahkan tiada
pimpinan partinya akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan sama
ada negeri atau persekutuan.
“MCA menghormati dan menerima kehendak pengundi. Inilah demokrasi,” kata Dr Chua. TMI
No comments:
Post a Comment