GEORGE
TOWN, 16 Mei — Satu pasangan suami isteri disabitkan bersalah dan
dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun setiap seorang kerana membiarkan
pembantu rumah mereka, seorang rakyat Cambodia, mati kelaparan tahun
lalu.
Semasa membacakan penghakimannya, Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim
mengatakan kes ini telah mencemarkan imej Malaysia menyebabkan Cambodia
mahu menghentikan penghantaran rakyat mereka untuk bekerja sebagai
pembantu rumah di negara ini.
Menegur
pasangan tersebut, Soh Chew Tong dan isterinya Chin Chui Ling, Hakim
memberitahu mereka, sebagai rakyat Malaysia, semua orang harus hidup
berkasih sayang dan tidak menyeksa dan mendera orang lain.
“Saya juga mempunyai pembantu rumah dan jika mereka tidak sesuai,
saya akan hantar mereka balik, apa perlu ‘rotan’ dan dera,” katanya.
Soh, 44, dan Chin, 42, kedua-duanya disabitkan dengan pembunuhan
tanpa niat menyebabkan kematian Sichan Mey, 24, seorang warga Cambodia
di sebuah rumah kedai di Taman Asas Murni, Jalan Bukit Minyak.
Mey telah bekerja sebagai pembantu rumah pasangan tersebut di rumah
kedai itu semenjak September 2011 dan didapati mati di bilik stor di
tingkat dua rumah kedai itu pada 1 April tahun lepas.
Semasa membaca penghakimannya, Hakim Zamani mengatakan pidak
pendakwaan telah membuktikan kes tersebut melampaui keraguan yang
munasabah pasangan tersebut telah menyebabkan kematian Mey di bawah
Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana pembunuhan tanpa niat.
Hukuman pasangan tersebut bermula dari tarikh penangkapan pada 1 April tahun lalu.
Beliau mengatakan bukti yang ditunjukkan kepada mahkamah menunjukkan
Mey dipaksa dan dinafikan untuk makan dalam satu tempoh panjang.
“Secara keseluruhannya, si mati tidak menerima makanan yang mencukupi
dan mengalami kecederaan dari masa ke masa yang memburukkan lagi ulser
perut beliau yang membawa kepada peritonitis akut dan yang telah
menyebabkan kematian beliau,” katanya.
Menurut laporan bedah siasat oleh perunding pakar patologi forensik,
berat Mey hanya 26.1kg dengan ketinggian 148cm pada masa kematiannya.
“Terdapat parut di badannya, berumur 29 tahun dan kecederaan baru
dibadannya termasuk luka dan pelbagai lebam dan terdapat kekurangan tisu
lemak atau lapisan otot di dinding abdominals dan dadanya jadi pakar
patologi berpendapat bahawa dia telah kekurangan makanan selama beberapa
bulan, “katanya.
Berdasarkan keadaan fizikalnya, kedudukan BMI beliau adalah pada 11.9 di bawah BMI minimum 16.
Pasangan tersebut pada awalnya di dakwa di bawah Seksyen 302, Kanun
Keseksaan kerana membunuh akan tetapi dakwaan kemudiannya ditukar
kepadab membunuh tanpa niat.
Hakim Zamani mengatakan Mey digajikan sebagai pembantu rumah bagi
pasangan tersebut dan sebagai majikan, menjadi tanggungjawab untuk
menyediakan tempat tinggal, makanan, perubatan dan peralatan bilik mandi
tanpa menolak gajinya.
“Terdapat tanggungjawab untuk menjaga kebajikannya dan kedua-duanya
gagal melakukan itu dan kedua-duanya bertanggungjawab di atas
kematiannya,” katanya.
No comments:
Post a Comment