Saturday, May 11, 2013

UMNO Trengganu Balas Dendam

ustazcyber 

Kerajaan Negeri Terengganu tidak bercadang meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang BN kalah dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas.
    Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata rakyat di kawasan Parlimen dan DUN berkenaan perlu meminta bantuan daripada wakil rakyat yang mereka pilih.
    "Kita akan pertimbangkan cara lain, namun buat masa ini memang tiada cadangan untuk meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan yang (BN) kalah.
    "Selama ini kita (BN Terengganu) telah mengambil alih tugas wakil rakyat PAS dalam menyelesaikan masalah harian mereka (rakyat) dan kali ini biarlah rakyat di kawasan itu mengadu kepada wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar dan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu di Istana Maziah di sini hari ini.
    Ahmad bagaimanapun berkata BN Terengganu akan terus melaksanakan agenda pembangunan seperti yang dilakarkan dalam Aku Janji BN negeri.
    "Pembangunan akan diteruskan seperti yang telah dijanjikan, namun pembinaan rumah mampu milik tidak akan dibina di kawasan DUN yang kita (BN) kalah, kita akan bina di kawasan yang dimenangi BN," katanya......sini

  
Antara Aku Janji tambahan BN Terengganu dalam pilihan raya lalu ialah menarik pelaburan lebih RM25 bilion dalam industri petrokimia, bioteknologi dan keluli dengan lebih 10,000 peluang pekerjaan, menaik taraf Institut Al Quran Terengganu sebagai sebuah kolej universiti dan menjadikan Tasik Kenyir sebagai Hab Ekopelancongan dan kawasan bebas cukai.
  
Ahad lalu BN Terengganu mengekalkan mandat pemerintahan di negeri itu apabila memenangi 17 kerusi DUN manakala PAS (14) dan PKR (satu).
  
Daripada lapan kawasan Parlimen, BN menang di Besut, Setiu, Kemaman dan Hulu Terengganu manakala PAS menang di Dungun, Kuala Nerus, Marang dan Kuala Terengganu.copy
  
- Bernama

2 comments:

  1. Gua puji apa yang dilakukan oleh Mat Said dan kalau boleh sekat semua jangan tinggal sikit pun untuk PAS/PR. Memang betul apa yang beliau lontarkan jika kamu dah sokong PR buat apa BN nak tolong..... Gua ucap tahniah kepada mat said diatas sikap bijaknya. Bila gua komen macam nih pasti orang akan marah tapi jika orang itu ada akal yang waras mereka akan faham apa yang gua tuliskan dan maksudkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang ada akal waras faham apa yg lu tulis dan maksudkan....tapi tak setuju la kot sebab masih waras dan berakal.
      Macam la kawasan BN kalah tu....0 penyokong BN. Macam lah semua yg pangkah PR itu hari di kawasan BN kalah tu....perlu rumah murah.

      Ni politik tak matang bang oi.

      Lepas 5 tahun, orang di kawasan BN kalah tu...sekali dengan yg memang sokong BN, sekali dgn pengikut PR....berbondong la tolak BN terus.
      Daripada DS Najib nak tarik balik kepercayaan rakyat yang tolak BN sekarang.... bertambah menyampah dengan BN.

      Tu la tak cerdik namanya. Tengok Selangor, tak ada buat perangai pilih kawasan kalah menang. Semua dia layan serupa. Hasilnya? Bertambah kukuh di Selangor. Bukanlah gua nak kata PR tu patut disokong ke hapa ke..... tapi amanah tetap amanah. Kalau BN rasa dia boleh perform, perform la utk semua orang Terengganu. Dekat PRU esok ni, boleh bentang balik apa kerja dah buat, termasuk kubu PR. Rakyat bukan bongok, dari situ dah boleh buat keputusan dah.

      Ni......buat macam ni...dekat PRU esok....ni jadi modal PR la nampaknya.

      Delete