Etta Mae Lopez (Foto: AP)
SACRAMENTO – Seorang wanita di Kota
Sacramento, Amerika Syarikat ingin sekali berhenti merokok. Dia pun
rela dipenjara agar dapat menghentikan ketagihannyaitu.
Di penjara Sacramento, tahanan dilarang keras merokok. Oleh kerana itu, Etta Mae Lopez merasa penjara itu merupakan tempat yang sesuai untuk dapat lepas dari ketagihan merokok.
Namun untuk tinggal dalam penjara, Lopez harus ditahan terlebih dahulu. Dia lalu merancang rencana yang membuatnya dapat mendekam di balik jeriji penjara Sacramento.
“Dia menunggu seorang polis melewatinya. Dia tahu akan masuk penjara jika menyerang polis ,” ujar anggota polis Matt Campoy, seperti dikutip Associated Press, 12/5/2013 .
Campoy adalah polis yang menjadi mangsa Lopez. Dia terkejut ketika wanita itu tiba-tiba menyergapnya dan menyerangnya.
“Dia tiba-tiba berdiri di depan saya dan mulai menampari muka saya,” terang Campoy.
Lopez pun mendapatkan apa yang diinginkannya. Dia dihukum penjara selama 63 hari oleh mahkamah kerana menyerang polis. Lopez dikhabarkan tidak mengajukan rayuan atas keputusan tersebut.okezone.com

No comments:
Post a Comment