KUALA LUMPUR, 14 Jun – Kumpulan reformasi pilihan raya Bersih
2.0 telah mengakui protes jalanan mungkin hanya cara yang tinggal untuk
memperjuangkan reformasi pilihan raya sekiranya kempen mereka untuk
membersihkan sistem pilihan raya melalui saluran undang-undang menemui
kegagalan.
Pengerusi bersama Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar)
mengatakan bagaimanapun, kumpulan itu akan menggunakan “Tribunal
Rakyat” sebagai platform untuk “meneliti” tuduhan penipuan yang berlaku
dalam Pilihan Raya 2013 dimana hasil penemuannya akan menjadi asas
sokongan kepada kerja reformasi pilihan raya mereka.
“Kita akan jalankan tribunal terlebih dahulu,” katanya kepada The Malaysian Insider.
“Bergantung kepada hasilnya, kita akan desak reformasi yang relevan.
Jika itu gagal, mungkin protes adalah pilihan yang tinggal.”
Ambiga sebelum ini mengatakan “tribunal rakyat” akan bertindak
sebagai “kuasa moral” untuk menyiasat secara terbuka pendedahan penipuan
didakwa dalam pilihan raya umum 5 Mei.
Tribunal ini dan penemuannya juga akan menyokong desakan peletakan
jawatan barisan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas dituduh
berat sebelah. Bersih dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) telah menjadikan
ini sebagai syarat utama untuk perbincangan bilateral mengenai reformasi
pilihan raya.
Akan tetapi pentadbiran Najib menegaskan SPR adalah bebas dan ini dilihat sebagai tidak bersetuju dengan syarat diberikan.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah mengatakan, suruhanjaya itu tidak akan tunduk kepada desakan tersebut.
Kebuntuan itu juga boleh memaksa Bersih dan pembangkang untuk menggunakan demonstrasi jalanan sebagai jalan akhir.
“Perlawanan kami untuk reformasi pilihan raya akan berterusan. Tribunal Rakyat kami akan diteruskan,” kata Ambiga.
Bersih telah mengadakan tiga protes besar-besaran. Tindakan keras
terhadap demonstrasi, terutamanya terhadap perhimpunan ketiga,
mengundang kutukan dalam dan luar negara kepada pentadbiran Najib yang
kemudiannya menubuhkan jawatankuasa Parlimen untuk melihat tentang
reformasi pilihan raya.
Walaupun langkah itu memberikan harapan untuk dialog konstruktif
mengenai reformasi pilihan raya, kegagalan Putrajaya untuk melaksanakan
sebahagian besar cadangan dibuat oleh jawatankuasa itu menyebabkan
Bersih dan pembangkang memperbaharui perlawanan untuk membersihkan
sistem pilihan raya.
Kempen itu semakin intensif selepas SPR dituduh melakukan penipuan
pada pilihan raya 5 Mei untuk memastikan kemenangan gabungan Barisan
Nasional (BN).
Menurut Ambiga, SPR telah gagal untuk mempertahankan diri mereka dan
menerangkan mengenai penyelewengan besar-besaran didedahkan dalam
perlawanan sengit Pilihan Raya 2013 termasuk kegagalan mentadbir sistem
dakwat kekal untuk menghalang pengundian berulang dan tiada tindakan
terhadap integriti tercemar daftar pemilih.
“Setakat yang saya tahu SPR tidak menikmati keyakinan orang ramai.
Mereka telah gagal untuk bertindak secara bebas dan gagal dalam
melaksanakan proses dakwat kekal secara berkesan.
“Kepentingan proses itu tidak boleh dipandang rendah. Ia adalah
cadangan PSC dan diperkenalkan untuk menggelakkan pengundian berulang,”
katanya.
Pembangkang telah memfailkan lebih 30 petisyen untuk mencabar
sesetengah daripada keputusan pilihan raya. Mereka juga memfailkan saman
sivil dalam percubaan untuk menyingkirkan barisan kepimpinan SPR dan
mengelakkan mereka daripada melakukan persempadanan kawasan pilihan raya
akhir tahun ini.
Kawasan pilihan raya tidak seimbang dan persempadanan semula berat
sebelah dilihat sebagai faktor menyebabkan dominasi BN dan gabungan
pemerintah itu turut dilihat sentiasa mendapat keuntungan setiap kali
aktiviti itu dijalankan, kata ahli akademik.
“SPR tidak seharusnya dibenarkan untuk melakukan aktiviti persempadanan semula.
“Mereka mencadangkan untuk dilakukan terhadap daftar pemilih sedia
ada yang perlu dibersihkan secara serius. Mereka telah setakat ini
menunjukkan tiada kecenderungan untuk melakukan itu,” kata Ambiga.TMI
No comments:
Post a Comment