Harakahdaily, | 22 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: Himpunan aman Black 505 di Padang
Merbok akan bermula jam 2.00 petang ini. Beberapa lokasi telah
ditetapkan oleh penganjur untuk berkumpul sebelum begerak ke Padang
Merbok.
Ianya termasuk Masjid Negara, pusat membeli belah Sogo, Pejabat Agung
PAS, Brickfields, Universiti Malaya serta Jalan Pekeliling.
Sejak
awal pagi tadi orang ramai sudah mula memasuki ibu negara untuk
menyertai himpunan ini bagi membantah penipuan yang berlaku pada Pilihan
Paya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Rata-rata pimpinan utama Pakatan Rakyat menyatakan komitmen untuk bersama dalam himpunan ini.
Antara tuntutan utama himpunan hari ini adalah mendesak kepimpinan
SPR meletakkan jawatan berikutan banyak kepincangan sewaktu
mengendalikan PRU13 lalu.
[LAPORAN LANGSUNG]
5.45pm: Penganjur mengumumkan himpunan aman Black
505 secara rasminya tamat. Bagaimanapun mereka turut memaklumkan
terdapat anak muda yang akan berkhemah di Padang Merbok sehingga
tuntutan agar SPR meletak jawatan ditunaikan.
5.25pm: Anwar Ibrahim mula berucap. Memulakan ucapan dengan laungan "undur SPR".
Anwar
turut menafikan pemergian beliau ke Indonesia untuk berjumpa Najib
seperti didakwa pihak tertentu, namun katanya tujuan beliau ke sana
adalah atas undangan presiden negara republik itu.
"Saya pergi
atas undangan presiden Indonesia, bukan pergi berjumpa Datuk Najib.
Presiden Indonesia undang saya tanya mengapa bantahan kuat pada pru13
lalu.
"Saya beri penjelasan bahawa penipuan paling besar berlaku
pada PRU13 lalu (dengan) kecurangan SPR mempertahankan penguasa Umno
BN," katanya sambil menambah pertemuan tersebut berlangsung hampir sejam
setengah.
Mengulas himpunan hari ini, beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat yang hadir pada hari ini.
Katanya tuntutan rakyat jelas iaitu mahu pemimpin SPR berundur.
Walau bagaimanapun katanya, tuntutan kepada SPR itu akan dibuat secara aman seperti himpunan hari ini.
"Apapun tindakan boleh kita buat, tapi kita pastikan ikut jalur yang aman, lakukan perubahan cara aman," katanya.
Beliau
juga menegaskan ahli parlimen Pakatan Rakyat tidak akan memboikot
angkat sumpah di Dewan Rakyat seperti dilaporkan pihak tertentu.
Katanya,
kesemua ahli parlimen Pakatan Rakyat akan hadir malah keberadaan mereka
di Dewan Rakyat adalah medan untuk terus menuntut pilihan raya agar
dibersihkan.
Katanya, Pakatan Rakyat akan terus melawan penipuan pilihan raya sama ada di dalam ataupun di luar dewan.
5.20pm: Penasihat DAP Kit Siang pula dalam ucapannya
berkata, himpunan hari ini bukan himpunan mana-mana bangsa, tetapi ini
himpunan rakyat Malaysia.
"Inilah the real picture rakyat Malaysia," katanya.
Ini
kerana semua kaum dan berbeza agama boleh duduk bersama kerana
memperjuangkan perkara sama iaitu menuntut keadilan pilihan raya.
5.05pm: Naib Presiden PAS Salahudin Ayub pula
mengambil giliran. Beliau menyatakan komitmen, sekalipun tewas pada
pilihan raya lalu, namun beliau tetap akan bersama rakyat untuk berjuang
menegakkan keadilan dalam negara.
"Ada orang Tionghua kata, saya
dah kalah boleh pergi main filem di Homg Kong sebab muka kacak macam
Jackie Chan. Tapi itu bukan pilihan saya.
"Saya tetap bersama
anda semua. Saya berjanji dengan rakyat kita akan teruskan perjuangan
ini. Ini perjuangan kita bersama saya tak kan berundur selagi BN tidak
berundur, kita akan lawan mereka," katanya.
4.55pm: Penganjur mengumumkan beberapa khemah yang
didirikan oleh sekumpulan pemuda di kawasan luar himpunan di rampas dan
beberapa orang dari mereka ditahan. Namun ianya belum dapat disahkan.
Menurut Chegu Bard, kumpulan tersebut akan mendirikan khemah di tengah-tengah himpunan.
4.50pm: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berucap.
Beliau berkata beliau telah selesai membuat post mortem PRU14 dimana
Pakatan 'kalah lagi' pada PRU14.
"Saya dah selesai PRU14 di mana Pakatan kalah pada PRU14," katanya membuatkan hadirin terkedu seketika.
"Jikalau
himpunan hari ini, sidang parlimen tak lama lagi, tidak merubah peranan
SPR, maka setiap kali pilihan raya, kita hanya buat post mortem kenapa
PR kalah," katnya memberi penjelasan.
Menurutnya, himpunan hari ini kerana rakyat mahukan pilihan raya yang adil.
Beliau
turut mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memecat pengerusi
dan kakitangan SPR yang sudah diragui integriti mereka.
4.45pm: Aktivis Mahasiswa Safwan Anang turut berucap. Beliau menamakan SPR sebagai Suruhanjaya Penipu Rakyat.
No comments:
Post a Comment